Keindahan dedaun

Kita di Malaysia bertuah kerana mengalami iklim tropika yang menghasilkan hutan hujan tropika yang menghijau dan menyejukkan pemandangan. Setiap kali melalui lebuhraya Utara-Selatan samada dari Kuala Lumpur ke Alor Setar atau dari Kuala Lumpur ke Kuantan kita pasti dapat menyaksikan keindahan hutan di sepanjang laluan berkenaan. Perjalanan ke Kuantan menjadi lebih menarik apabila melalui Banjaran Titiwangsa yang menghijau.

Hijau yang hening

Hutan beserta kabus  (kredit:relakssmindablogspot)

Amat indah pemandangan hutan hijau yang berselang-seli dengan pekan, kampung, ladang dan sawah.

Bagaimanapun lain pula keindahan pemandangan di negara yang mempunyai empat musim. Walaupun terdapat pokok dengan daun yang berwarna hijau, warna dedaun pokok akan berubah mengikut musim. Warna dedaun bukan hanya berwarna hijau bahkan ada yang berwarna cokelat, merah, merah jambu, kuning dan jingga.

Dedaun masuk musim luruh

Kredit: Fantastic Places (fb)

Warna dedaun sebelum musim luruh

Kredit: Fantastic Places (fb)

Apa yang menarik ialah apabila terdapat pokok yang bertukar warna kepada warna merah jambu dan pokok-pokok berkenaan dijadikan pula sebagai ‘pagar’ untuk laluan seperti dalam gambar di bawah. Bagaimanakah perasaan anda jika anda dapat berjalan atau berehat di bawah pokok yang indah ini?

Indahnya dedaun merah jambu

Kredit: Fantastic Places (fb)

denai merah jambu

Kredit: ebay.co.uk

Tidak kurang juga indahnya pokok yang daunnya berwarna kuning dan merah, lebih-lebih lagi jika ianya merimbuni laluan pejalan kaki dan juga denai di taman bunga.

Kredit: Dreamy Nature (fb)

Kredit: Dreamy Nature (fb)

Walaupun di Malaysia agak sukar untuk melihat pokok dengan dedaun berwarna merah jambu, kuning atau merah seperti gambar-gambar di atas, kita masih berpeluang untuk melihat sendiri keindahan pokok dedaun berwarna-warni ini jika kita melancong ke negara-negara empat musim.

Banyak  gambar-gambar keindahan pokok yang berwarna-warni dari negara empat musim yang boleh didapati di alam maya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *