Arkib Tag | "terowong"

Tags: , , , , ,

Makan angin ke Utara – Catatan I


Pada minggu akhir cuti sekolah penggal ketiga lepas kami sekeluarga beserta dengan keluarga Aziz (abang kandung) telah ‘makan angin’ secara adhoc ke Utara.

Adhoc sebab memang tidak ada dalam rancangan kami untuk makan angin ke Utara, yang ada hanya rancangan untuk pergi mandi di Sungai Kanching.

Bagaimanapun selepas pelawaan dan desakan Norlina (isteri abang Aziz) mau tak mau kena pergi juga sebab mereka nak sponsor penginapan serta makan untuk seisi keluarga.

Mula-mula Along tak mau ikut sebab nak bantu kawan dia siapkan tesis, tapi selepas kena ‘racun’ dia pun setuju untuk ikut sama. Dalam pada tu isteri saya sempat mengajak Iskandar (anak saudara) untuk turut serta dalam percutian ini.

Aziz dan keluarganya telah bermalam di rumah kami dan kami bertolak ke Utara dalam pukul lapan pagi. Sebelum bertolak kami telah mengenalpasti kawasan R&R untuk berehat – Gunung Semanggol menjadi pilihan.

Bila sahaja masuk ke Lebuhraya menghala ke Utara dari Rawang kami dapati lebuhraya agak sesak dengan kenderaan, mungkin ramai yang ingin bercuti di kampung.

Dalam keadaan kenderaan bertali arus masih terdapat dua jenis sikap pemandu yang menyakitkan hati, pertama yang tidak reti kenderaan banyak tapi masih nak pecut dan kerap bagi ‘flash’ kat orang supaya ketepi.

Kedua jenis pemandu yang bawa perlahan tapi suka ‘hog’ di lorong tengah dan buat selamba je macam lebuhraya ni datuk dia punya.

Yang tak bestnya terpaksa bergerak perlahan sejauh beberapa kilometer kerana berlaku kemalangan kecil akibat perangai pemandu yang tak sabar. Chittt!

Dalam perjalanan kali ini kami alami keadaan ini sebanyak dua kali, pertama sebelum hentian Behrang menuju Utara, berlaku kemalangan kecil antara sebuah Naza Ria dengan Wira – jauh jugak terpaksa bergerak perlahan.

Dalam pada tu ada dua buah SUV dan beberapa kereta lain yang memotong dengan laju mengikut lorong kecemasan – ni jenis ‘dajjal’ yang tak ada hati perut, hanya pentingkan diri sendiri.

Jam kedua kami alami selepas terowong Plus di Jelapang – lebuhraya 2 lorong (kiri & kanan), kali ni hampir setengah jam untuk melepasi jarak 1.5 km kerana terdapat lori rosak yang menghalang 1 lorong tidak jauh selepas selekoh pertama dari terowong.

Selepas halangan ini jalan punyalah lapang kami maintain kelajuan pada 110-120 km/jam dan sampai di R&R Gunung Semanggol dalam pukul 11.30 pagi – Alhamdulillah di R&R ini tidak lah sesak macam di R&R Rawang dan R&R Tapah.

Agak lama jugak kami berehat di R&R ini. Anak remaja bila dah berkumpul tempat macam ni pun mereka boleh jadikan tempat untuk bergurau dan enjoy sakan.

Ikuti pengalaman Makan Angin ke Utara seterusnya di Catatan 2, sebelum tu lihat dulu gambar-gambar yang sempat diambil.





Di Poskan Dalam KeluargaKomen (0)

Advertise Here

Pautan

  • Belajar Mandarin Belajar Bahasa Mandari dalam satu hari sahaja
  • Mbakl Host Hosting untuk blog, CMS, shopping cart dan lain-lain. Harga kompetitif

Else Where