Arkib Tag | "Teknologi"

Tags: , , , ,

Ini kredit kad atau telefon bimbit?


Saya pernah menggunakan telefon bimbit ATUR 450 Ericcson, walaupun berat tapi amat bergaya.  Pada masa itu harga sebuah ATUR mencecah RM12,000 satu set. Tentu sekali ATUR milik syarikat tapi saya tumpang bergaya.

ATUR 450 - Besar dan berat

ATUR 450 - Besar dan berat

Tidak lama selepas itu dalam tahun 2000 saya berpeluang pula menggunakan telefon bimbit yang jauh lebih kecil keluaran Nokia. Syarikat tak beri handset tapi dapat line free sehingga sekarang.

Handset lebih kecil

Handset lebih kecil

Bagaimanapun teknologi telefon bimbit berubah dengan amat pesat terutama dari segi saiznya. Kebanyakan handset asal adalah agak ‘tebal’ tetapi lama-kelamaan menjadi semakin tipis dan slim.

Handset semakin slim dan tipis

Handset semakin slim dan tipis

Dengan teknologi terkini, handset era baru telah pun dicipta dan ia mirip sekeping kad kredit. Oleh kerana saiznya yang hampir sama dengan kad kredit ianya boleh disimpan di dalam dompet.

Handset seiras kad kredit     Gambar:dvice.com

Handset terkini seiras kad kredit Gambar:dvice.com

Di Poskan Dalam TeknologiKomen (0)

Tags: , , , , ,

Sekejap ada, sekejap tak ada


Hairan, tadi bila teropong nampak tandas kat sini tapi bila sampai sini tandas tadi hilang pulak.

Dengan kemajuan teknologi dan sedikit kreativiti banyak perkara dan masalah dapat di atasi. Masalah utama yang dihadapi oleh manusia yang tinggal di bandar ialah ruang dan kawasan lapang.

Dalam keadaan terdesak maka sedikit idea yang kreatif dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut.  Ruang yang kecil diubahsuai untuk pelbagai kegunaan.

Bukan sahaja tandas boleh di “hilangkan” tetapi kereta juga boleh di “ghaibkan”.

Tandas yang boleh disimpan kepas digunakan  Gambar:likecool.com

Tandas yang boleh disimpan kepas digunakan Gambar:likecool.com

Mungkin tidak ramai yang mengetahui anda memiliki kereta mewah jika anda mampu membuat garaj dan menyimpan kereta anda di bawah tanah.

Garaj bawah tanah     Gambar:weinterrupt.com

Garaj bawah tanah Gambar:weinterrupt.com

Di Poskan Dalam KreativitiKomen (0)

Advertise Here

Pautan

  • Belajar Mandarin Belajar Bahasa Mandari dalam satu hari sahaja
  • Mbakl Host Hosting untuk blog, CMS, shopping cart dan lain-lain. Harga kompetitif

Site Terpilih

Else Where