Arkib Tag | "Selama"

Tags: , , , , , , , , , ,

‘Berkhatan’ percuma untuk lelaki


Macam tak percaya pulak bila teropong kat Yahoo news dan ternampak berita ini,

Projek percubaan tawaran servis ‘berkhatan percuma’ selama tiga bulan telah dilaksanakan di Surinam bagi mengurangkan risiko jangkitan berkaitan hubungan seks dan HIV.  Projek selama tiga bulan ini melibatkan 100 orang lelaki yang berumur di antara 4 hingga 21 tahun. Sekiranya projek ini berjaya maka perlaksanaan akan diteruskan ke seluruh negara.

Doktor membuat persediaan untuk mengkhatan

Doktor membuat persediaan untuk mengkhatan

Kalau di Malaysia ni sekurang-kurangnya kena bayar RM50.00 untuk berkhatan tapi di Surinam Kementerian Kesihatan mereka terpaksa menawarkan servis ini percuma bagi membendung penyakit HIV dan penyakit yang berkaitan hubungan seks.

Sumber: Yahoo.com news/AFP

Di Poskan Dalam Ada-ada ajeKomen (2)

Tags: , , , , , , , , , , ,

Rugi pun berbillion dollar juga


Saya amat mengagumi kerja keras dan usaha berterusan yang dilakukan oleh manusia yang bergelar jutawan. Saya amat yakin bahawa tanpa perancangan dan usaha keras yang konsisten seseorang itu tidak akan menjadi jutawan. Ramai usahawan yang menjadi jutawan dalam masa sepuluh tahun lepas kerana perkembangan ekonomi dunia yang amat memberangsangkan.

Kali ini saya bukan nak teropong jutawan tetapi billionwan (billionaires) – eh, betul ke billionwan? Billionwan juga mengalami kerugian adat dalam menjalankan perniagaan. Melalui perniagaan mereka menjadi jutawan dan kemudian menjadi billionwan. Mungkin selama ini mereka asyik mengaut keuntungan dalam keadaan ekonomi dunia meningkat dengan pesat saban tahun. Bagaimanapun dalam suasana ekonomi dunia yang merudum dengan tiba-tiba ramai dari para billionwan turut mengalami kerugian berbillion dolar. Billion dollar, bukan jutaan dollar punya rugi. Walaupun tiada di antara mereka yang jatuh bangkrap tetapi nilai kerugian itu terlalu besar.

Mari kita ukur nilai billion (kira angka kosong) – 1,000,000,000 = 1 billion – ada 9 angka kosong selepas 1

Kalau anda ada wang sebanyak RM 1billion dan anda belanjakan RM 10,000 sehari bermakna anda belum boleh menghabiskan wang tersebut walaupun anda hidup selama 270 tahun – wow! Kalau US$ dollar kita perlu kali 3.7 untuk tukar ke RM … memang banyak.

Mari kita teropong billionwan yang mengalami kerugian terbanyak dalam tahun 2008. (Sumber: guardian.co.uk)

  1. Anil Ambani (India) – rugi US$31.9 billion
  2. Laksmi Mittal (India) – rugi US$25.7 billion
  3. Warren Buffett (US) – rugi US$25 billion
  4. Kushal Pal Singh (India) – rugi US$25 billion
  5. Oleg Deripaska (Russia) – rugi US$24.5 billion
  6. Mukesh Ambani (India) – rugi US$23.5 billion
  7. Sheldon Anderson (US) – rugi US$22.6 billion
  8. Bill Gates (US) – rugi US$18 billion

Dalam tahun 2008 terdapat 1,125 orang billion di seluruh dunia tapi pada hari ini tinggal793 orang sahaja dan sejumlah US$1.4 trillion sudah lesap. Berapa banyak pula angka kosong dalam 1 trillion?

Ok, sekarang mari kita teropong 10 orang billionwan terkaya dunia. (Sumber: forbes.com)

  1. Bill Gates (US) – US$40 billion
  2. Warren Buffett (US) – US$37 billion
  3. Carlos Slim Helu (Mexico) – US$35 billion
  4. Lawrence Ellison (US) – US$22.5 billion
  5. Ingvar Kamprad (Sweden) – US$22 billion
  6. Karl Albrecht (German) – US$21.5 billion
  7. Mukesh Ambani (India) – US$19.5 billion
  8. Lakshmi Mittal (India) – US$19.3 billion
  9. Theo Albrecht (German) – US$18.8 billion
  10. Amancio Ortega (Spain) – US$18.3 billion

Jika anda perhatikan senarai 10 billionwan di atas ini anda akan dapati sebahagian daripada mereka juga tersenarai sebagai billionwan yang mengalami kerugian terbanyak.

Berniaga tidak selalunya untung, ada masa untung dan ada masa rugi. Mereka menjadi billionwan kerana cekal berusaha, pandai menggunakan peluang dan yang penting berani menghadapi risiko. Billionwan dalam negara kita pula bagaimana?

Di Poskan Dalam Ada-ada ajeKomen (1)

Tags: , , , , , , , , , , ,

Salahguna kepandaian dan kreativiti


Manusia telah dianugerahkan kepandaian dan daya kreativiti yang pelbagai. Daya kreativiti yang pelbagai ini telah mendorong manusia untuk mencipta pelbagai jenis peralatan seperti kapal terbang, satelit dan komputer yang dapat memudahkan kitaran kehidupan seharian.

Bagaimana pun daya kreativiti manusia tidak hanya diguanakan untuk penyelesaian masalah yang baik sahaja bahkan ramai manusia yang menggunakan kepandaian dan kreativiti yang ada pada mereka untuk mencari kekayaan dan kepuasan hidup dengan cara yang menyalahi undang-undang.

Mungkin anda pernah terbaca di suratkhabar bagaimana liciknya Robert Madoff menipu para pelanggannya yang terdiri dari bank dan institusi kewangan ternama selama berbelas tahun tanpa dapat dikesan. Yang menarik pula ialah dia sendiri yang membuat pengakuan menipu (hoax) para pelanggannya. Sudah pasti Robert Madoff mempunyai kepandandaian dan kreativiti yang amat tinggi tapi sayangnya dia telah menyalahgunakan kelebihan tersebut untuk menipu.

Di Malaysia pun rata-rata penduduknya mempunyai kepandaian dan daya kreativiti yang tinggi tetapi ramai yang menggunakan kebolehan tersebut untuk membuat perkara yang menyalahi undang-undang. Setiap hari ada sahaja kes penipuan, rata-rata menyalahgunakan kepandaian dan kreativiti.

Mari kita lihat bagaimana rakyat Malaysia menyalahgunakan kreativiti untuk membuat perkara yang bercanggah dengan undang-undang.  Saya boldkan kreativiti mereka.

Kes 1: PULAU PINANG: Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Pulau Pinang berjaya mematahkan satu cubaan menyeludup ketamin selepas menemui dadah itu disembunyikan dalam 500 tin serbuk kunyit, di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Bayan Lepas di sini hari ini.  (Di petik dari hmetro.com.my)

Kes 2: ALOR SETAR: Polis menahan seorang wanita yang membawa dadah jenis ganja seberat 58.25 kilogram bernilai RM174,750 dalam sebuah kereta mewah di hadapan rumah tol Bandar Bahru di sini, Sabtu lalu. (Di petik dari hmetro.com.my)

Kes 3: PULAU PINANG: Polis berjaya menumpaskan sindiket penipuan kad kredit di stesen minyak dengan tertangkapnya 10 orang termasuk dua wanita dan dua pekerja warga asing dalam satu operasi di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata kesemua mereka berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan secara berasingan sejak Rabu lepas hingga semalam di sekitar negeri ini.

“Dua warga asing yang ditahan itu merupakan pekerja di sebuah stesen minyak manakala lapan lagi merupakan penduduk tempatan dan kesemua mereka ditahan ketika sedang mengunakan kad kredit palsu di stesen minyak. (Di petik dari hmetro.com.my).

Kes 4: Kuala Lumpur: SEKS di atas motosikal. Suatu yang pelik dan agak mustahil, tetapi bagi sesetengah pelumba motosikal haram atau mat rempit, itu perkara biasa bahkan menjadi kebanggaan kerana ia melambangkan kehebatan sesama mereka. (Di petik dari bharian.com.my).

Kes 5: TEMERLOH 6 Mac – Tiga tertuduh termasuk sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyamar sebagai pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini. (Di petik dari utusan.com.my)

Kes 6: KUALA LUMPUR 6 Mac – Seorang bekas pengarah sumber manusia sebuah hotel di sini dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas 22 tuduhan menipu enam pelajar Indonesia, lima tahun lalu.

Beng Lan didakwa menipu dengan memperdaya mereka untuk mempercayai dia mempunyai kuasa untuk mengutip levi imigresen sebanyak RM100 serta sumbangan bagi pihak SMK Negeri 57, Jakarta, Indonesia sebanyak RM100 daripada keenam-enam pelajar tersebut. (Di petik dari utusan.com.my)

Kita wajar memupuk dan membantu mengembangkan daya kreativiti pada anak-anak kita agar mereka mampu mencari penyelesaian kepada permasalahan yang mereka hadapi dalam menongkah arus kehidupan. Dalam pada itu mereka perlu diingatkan mengenai akibat dari penyalahgunaan kepandaian dan kreativiti yang dianugerahkan kepada mereka.

Di Poskan Dalam KreativitiKomen (0)

Advertise Here

Pautan

  • Belajar Mandarin Belajar Bahasa Mandari dalam satu hari sahaja
  • Mbakl Host Hosting untuk blog, CMS, shopping cart dan lain-lain. Harga kompetitif

Else Where