Arkib Tag | "lebuhraya"

Tags: , , , , , , ,

Air naik, terpaksa tolak motorsikal


Petang tadi hujan lebat dan terpaksa berhenti dalam perjalanan untuk memakai raincoat selepas Tol Duta. Hujan semakin lebat ketika saya sampai di kawasan R&R Jejantas Sg Buluh dan terpaksa memperlahankan kelajuan motor.

Setelah melepasi susur keluar ke Sg Buluh jumlah kenderaan menuju ke arah utara berkurangan jadi saya pun menambah kelajuan motor sehingga 100km/j.

Bagaimanapun bila sampai di selekoh berdekatan stesen keretapi Kuang lebuhraya menjadi sesak. Keadaan ini berterusan sehingga ke Tol Rawang. Saya menjangka selepas tol pasti kesesakan tidak berlaku tapi sangkaan saya meleset.

Selepas Tol Rawang, barisan kenderaan langsung tidak bergerak dan penunggang motorsikal terpaksa mencilok sana dan sini untuk bergerak. Bilamana saya sampai di depan pam minyak Petronas saya dapati ramai penunggang motorsikal berhenti dan seperti menunggu sesuatu.

La…. rupanya air melimpah ke jalan menyebabkan motorsikal dan kereta tidak boleh meneruskan perjalanan.

Setelah berhenti menunggu selama 20 minit keadaan air yang melimpah ke jalan masih belum surut jadi saya terpaksa menolak motor, tak berani nak redah takut motor mati dan langsung tak boleh dihidupkan.

Bila sampai di jambatan depan pam minyak Caltex jalanraya agak tinggi dan tidak dinaikki air saya pun menghidupkan injin motor dan meneruskan perjalanan tapi terpaksa mengikut jalan di kawasan perumahan Emerald kerana jalanĀ  di depan kedai perabut juga dinaikki air.

Saya sampai di rumah dalam jam 7.10 ptg, hanya lewat dalam 40 minit dari biasa. Dalam pada itu saya tertanya dalam hati pukul berapa agaknya mereka yang menaikki kereta akan sampai di rumah masing-masing. Kalau mereka perlu mengambil anak di sekolah… ahh… kesian kat anak-anak yang terpaksa menunggu sehingga ke malam.

Naik motor ni yang tak bestnya kalau hujan dan bila tayar bocor je, tapi kalau jalan jam takda hal, business as usual.

Di Poskan Dalam DiariKomen (0)

Advertise Here

Pautan

  • Belajar Mandarin Belajar Bahasa Mandari dalam satu hari sahaja
  • Mbakl Host Hosting untuk blog, CMS, shopping cart dan lain-lain. Harga kompetitif

Else Where