Arkib Tag | "komputer"

Tags: , , , , , , , , ,

Berhati-hati dengan internet Wi-Fi


Teknologi Wi-Fi (Wifi) memang banyak membantu pelayar internet untuk melayari internet dari mana-mana tempat yang terdapat servis ini. Hanya bawa komputer notebook atau handphone, kemudian dapatkan kata kekunci wifi di tempat berkenaan dan anda boleh melayari internet sepuas-puasnya.

Ramai juga yang menggunakan wifi untuk menghantar maklumat kembali ke pejabat dan tidak kurang juga yang membuat transaksi bank online. Dengan kemudahan internet samada ‘wired’ atau ‘wireless’ urusan transaksi bank menjadi lebih mudah dan pantas.

Semakin ramai pengguna internet menggunakan internet banking online, nak settle segala jenis hutang boleh buat online, nak hantar duit kepada ibubapa di kampung boleh buat online, nak bayar pelbagai jenis bil pun boleh, hatta nak bayar saman Polis pun boleh online… WOW! memang best sebab semua boleh dibuat online.

Tapi ramai yang tidak sedar bahawa transaksi secara online boleh di ‘hack’ oleh penggodam (hackers) dengan mudah terutamanya jika transaksi dibuat melalui wifi.

Pada akhir Oktober lepas saya berpeluang mengikuti kursus Network Security di Knowledge.com Petaling Jaya. Salah satu modulnya ialah wireless (wifi) hacking.

OMG! Instructor kursus telah menunjukkan dengan mudah bagaimana dia dapat ‘hack’ id dan password pengguna inernet wifi yang terdapat di sekitar bangunan tersebut. Bukan sahaja id dan password untuk masuk ke wifi dapat dikenalpasti tapi laman mana dan transaksi apa yang dibuat oleh yang pengguna wifi dapat dikesan dengan mudah.

Instructor juga berkongsi pengalaman bagaimana dia dapat mengesan kesemua details transaksi bank dari beberapa pelanggan hotel di KL Sentral semasa beliau run hacking software pada komputer notebook.

Antara hacking tools yang lengkap ialah BackTrack 4,

Back Track 4

Best Hacking Software




Menu dalam Back Track 4

Hacking - hanya pilih dari menu





Hacking wifi terlalu mudah kerana kesemua tools dan caranya ditunjukkan dengan jelas pada banyak laman web dan termasuk juga dalam youtube.com Tidak kisah samada anda menggunakan WEP atau WPA encryption – setakat ini tiada encryption wireless yang selamat dari hackers.



Ini maklumat dari wikipedia:
WEP was intended to provide comparable confidentiality to a traditional wired network (in particular it does not protect users of the network from each other), hence the name. Several serious weaknesses were identified by cryptanalysts any WEP key can be cracked with readily available software in two minutes or less and WEP was superseded by Wi-Fi Protected Access (WPA) in 2003, and then by the full IEEE 802.11i standard (also known as WPA2) in 2004. Despite the weaknesses, WEP provides a level of security that can deter casual snooping.



Begitu juga jika anda menggunakan komputer di pejabat atau di cybercafe, walaupun wired ke internet tetapi “https” atau secure shell itu hanya dari router pejabat atau cybercafe ke router bank sahaja tetapi dalam LAN pejabat atau cybercafe masih tak secure.

Ini bermakna rakan pejabat anda atau pengguna cybercafe lain boleh hack komputer yang anda gunakan dengan menggunakan software hacking. Jadi berhati-hati bila anda ingin membuat transaksi bank online semasa di pejabat atau cybercafe lebih-lebih lagi jika anda menggunakan wi-fi.

Di Poskan Dalam TeknologiKomen (1)

Tags: , , , , , , , , , , ,

Salahguna kepandaian dan kreativiti


Manusia telah dianugerahkan kepandaian dan daya kreativiti yang pelbagai. Daya kreativiti yang pelbagai ini telah mendorong manusia untuk mencipta pelbagai jenis peralatan seperti kapal terbang, satelit dan komputer yang dapat memudahkan kitaran kehidupan seharian.

Bagaimana pun daya kreativiti manusia tidak hanya diguanakan untuk penyelesaian masalah yang baik sahaja bahkan ramai manusia yang menggunakan kepandaian dan kreativiti yang ada pada mereka untuk mencari kekayaan dan kepuasan hidup dengan cara yang menyalahi undang-undang.

Mungkin anda pernah terbaca di suratkhabar bagaimana liciknya Robert Madoff menipu para pelanggannya yang terdiri dari bank dan institusi kewangan ternama selama berbelas tahun tanpa dapat dikesan. Yang menarik pula ialah dia sendiri yang membuat pengakuan menipu (hoax) para pelanggannya. Sudah pasti Robert Madoff mempunyai kepandandaian dan kreativiti yang amat tinggi tapi sayangnya dia telah menyalahgunakan kelebihan tersebut untuk menipu.

Di Malaysia pun rata-rata penduduknya mempunyai kepandaian dan daya kreativiti yang tinggi tetapi ramai yang menggunakan kebolehan tersebut untuk membuat perkara yang menyalahi undang-undang. Setiap hari ada sahaja kes penipuan, rata-rata menyalahgunakan kepandaian dan kreativiti.

Mari kita lihat bagaimana rakyat Malaysia menyalahgunakan kreativiti untuk membuat perkara yang bercanggah dengan undang-undang.  Saya boldkan kreativiti mereka.

Kes 1: PULAU PINANG: Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Pulau Pinang berjaya mematahkan satu cubaan menyeludup ketamin selepas menemui dadah itu disembunyikan dalam 500 tin serbuk kunyit, di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Bayan Lepas di sini hari ini.  (Di petik dari hmetro.com.my)

Kes 2: ALOR SETAR: Polis menahan seorang wanita yang membawa dadah jenis ganja seberat 58.25 kilogram bernilai RM174,750 dalam sebuah kereta mewah di hadapan rumah tol Bandar Bahru di sini, Sabtu lalu. (Di petik dari hmetro.com.my)

Kes 3: PULAU PINANG: Polis berjaya menumpaskan sindiket penipuan kad kredit di stesen minyak dengan tertangkapnya 10 orang termasuk dua wanita dan dua pekerja warga asing dalam satu operasi di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata kesemua mereka berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan secara berasingan sejak Rabu lepas hingga semalam di sekitar negeri ini.

“Dua warga asing yang ditahan itu merupakan pekerja di sebuah stesen minyak manakala lapan lagi merupakan penduduk tempatan dan kesemua mereka ditahan ketika sedang mengunakan kad kredit palsu di stesen minyak. (Di petik dari hmetro.com.my).

Kes 4: Kuala Lumpur: SEKS di atas motosikal. Suatu yang pelik dan agak mustahil, tetapi bagi sesetengah pelumba motosikal haram atau mat rempit, itu perkara biasa bahkan menjadi kebanggaan kerana ia melambangkan kehebatan sesama mereka. (Di petik dari bharian.com.my).

Kes 5: TEMERLOH 6 Mac – Tiga tertuduh termasuk sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyamar sebagai pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini. (Di petik dari utusan.com.my)

Kes 6: KUALA LUMPUR 6 Mac – Seorang bekas pengarah sumber manusia sebuah hotel di sini dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas 22 tuduhan menipu enam pelajar Indonesia, lima tahun lalu.

Beng Lan didakwa menipu dengan memperdaya mereka untuk mempercayai dia mempunyai kuasa untuk mengutip levi imigresen sebanyak RM100 serta sumbangan bagi pihak SMK Negeri 57, Jakarta, Indonesia sebanyak RM100 daripada keenam-enam pelajar tersebut. (Di petik dari utusan.com.my)

Kita wajar memupuk dan membantu mengembangkan daya kreativiti pada anak-anak kita agar mereka mampu mencari penyelesaian kepada permasalahan yang mereka hadapi dalam menongkah arus kehidupan. Dalam pada itu mereka perlu diingatkan mengenai akibat dari penyalahgunaan kepandaian dan kreativiti yang dianugerahkan kepada mereka.

Di Poskan Dalam KreativitiKomen (0)

Advertise Here

Pautan

  • Belajar Mandarin Belajar Bahasa Mandari dalam satu hari sahaja
  • Mbakl Host Hosting untuk blog, CMS, shopping cart dan lain-lain. Harga kompetitif

Else Where