Arkib Tag | "India"

Tags: , , ,

Kereta Nano


Nampak cantik dan comel kereta Nano keluaran Tata Motors dari benua India.  Kereta Nano yang berharga sekitar US$2,000 atau RM7,300 sebuah (tanpa aksessori) akan berada di jalanraya India mulai Julai 2009.

Kereta Nano keluaran Tata Motors   Gambar:reuters.com

Kereta Nano keluaran Tata Motors Gambar:reuters.com

Kalau kerajaan Malaysia membenarkan kereta ini memasuki pasaran Malaysia adakah harga kereta ini akan lebih mahal berbanding kereta Viva keluaran Perodua atau lebih murah? Jika termasuk aksessori mungkin harga kereta ini akan mencecah RM9,000 se unit dan jika duti eksais dan impot 200% dikenakan harganya masih berada di bawah RM20,000 se unit. Masih lebih murah dari kereta Perodua yang termurah.

Anda bagaimana, berminat tak untuk beli satu atau dua unit untuk dihadiahkan kepada anak-anak yang sedang menuntut di kolej?

Sumber: Reuters.com

Di Poskan Dalam TeknologiKomen (0)

Tags: , , , , , , , ,

Guna kondom pun perlu dikempen


Rasanya dah nak tutup PC tapi terteropong pulak gambar orang pakai ‘baju’ bentuk kondom, macam-macam warna pulak tu, tu yang tak jadi tutup PC.

Kempen Guna Kondom

Kempen Guna Kondom

New Delhi, pemuda mengenakan kadbod berbentuk kondom sebagai kempen untuk menggalakkan orangramai menggunakan kondom bagi mengelakkan jangkitan HIV.

Kempen untuk mengingatkan orangramai akan penggunaan kondom kerana kajian mendapati masyarakat di India tidak lagi takut kepada penyakit HIV sehingga lupa akan kepentingan menggunakannya ketika mengadakan hubungan seks.

Ada-ada aje.

Sumber: Yahoo.com news/AFP

Di Poskan Dalam Ada-ada ajeKomen (0)

Advertise Here

Pautan

  • Belajar Mandarin Belajar Bahasa Mandari dalam satu hari sahaja
  • Mbakl Host Hosting untuk blog, CMS, shopping cart dan lain-lain. Harga kompetitif

Site Terpilih

Else Where