Macam pelik pula bila baca berita ini. Terdapat hampir 400,000 pekerja virtual di serata Asia yang hanya perlu bermain game witchcraft online atau yang sewaktu dengannya. Mereka perlu bekerja shift 10 jam sehari di mana makan minum serta tempat tinggal disediakan dan mereka dibayar gaji di antara £80-£120 sebulan.

Pekerja hanya perlu main game online Gambar: guardian.co.uk
Hanya main game online… pelik tapi benar. Mereka hanya perlu main game dan mengumpul ‘gold’ atau ‘point’ dalam permainan tersebut dan kemudian gold yang terkumpul dijual kepada ‘kaki’ game di serata dunia yang tiada masa atau mahukan cara mudah untuk memperolehi ‘gold’ berkenaan bagi membolehkan mereka membeli ‘peralatan’ atau ‘kuasa’ yang boleh digunakan dalam permainan tersebut.
Kata orang, kalau dah minat main game keluar modal banyak pun mereka sanggup. Saya teringat cerita dari adik saya di mana dia pernah menemani anak remajanya menjual ‘gold’ untuk game witchcraft, katanya lagi anaknya menjual ‘gold’ ini dengan harga RM500.00 kepada seorang peminat game online dewasa di sekitar TamanDesa Kuala Lumpur.
Memang sudah terbukti, terdapat pelbagai cara mencari duit online. Bagaimanapun harus diingatkan bahawa banyak masa perlu dikorbankan untuk mendapatkan ‘gold’ dari permaian seperti ini.
Saya rasa permaianan sebegini tidak sesuai untuk kanak-kanak dan para remaja kerana masa yang dihabiskan untuk mendapatkan ‘gold’ biasanya memakan masa. Ini akan mengganggu tumpuan mereka terhadap tugasan sekolah yang perlu disiapkan dan kemungkinan besar akan mengganggu pelajaran mereka.
Sumber: Guardian.co.uk




