Arkib Tag | "chery eastar"

Tags: , , , , ,

Pertandingan bowling CEC


Pertandingan bowling di antara ahli CEC telah diadakan pada hari Sabtu 9 Januari 2010 di Pandan Lake Club.

Aku tidak menyertai pertandingan ini kerana semasa tarikh tutup penyertaan aku masih tidak dapat membuat keputusan. Maklum pada akhir tahun lepas masih banyak kerja-kerja yang overdue kat pejabat perlu disiapkan.

Alhamdulillah kerja-kerja di pejabat telah dapat disiapkan pada hari Jumaat 10 Januari lepas, jadi pada hari Sabtu aku tidak melepaskan peluang untuk ke Pandan Lake Club dan meninjau aktiviti CEC ini.

Aku sampai dalam pukul 12.00 tengahari dan pertandingan baru sahaja tamat jadi hanya dapat mengikuti majlis penyampaian hadiah. Tapi minta maaf lah sebab tak mengambil gambar semasa penyampaian hadiah .

Selesai sahaja majlis penyampaian hadiah semua ahli CEC dan ahli keluarga masing-masing bergambar beramai-ramai, kemudian diikuti dengan mesyuarat Otai-Otai CEC untuk melantik bendahari CEC dan mencarta aktiviti CEC seterusnya.

Yang bestnya para peserta dapat T-shirt seragam, yang tak bestnya aku tak dapat T-shirt sebab tak dapat join pertandingan. Anyway dapat bergambar bersama mereka serta melihat CE Mr Mama yang dah dipasang gadget baru.

Berikut adalah gambar yang sempat aku rakam semasa meninjau aktiviti CEC ini.

Di Poskan Dalam Diari, cheryeastarKomen (0)

Tags: , , , , , , , , , ,

Bersantai di Bagan Lalang bersama CCC


Buat masa ini terdapat beberapa forum yang mengendalikan perbincangan online untuk pemilik MPV Chery Eastar (CE). Selain dari berbincang online Founder atau otai-otai forum-forum ini juga banyak mengendalikan aktiviti luar untuk pemilik CE.

Aku yang baru sahaja menjadi pemilik CE ni memang berbelah bagi jugak untuk mengikuti pelbagai aktiviti anjuran mereka. Mana taknya kesemua aktiviti tu bukan sahaja memberikan manfaat mengenai CE bahkan dengan menyertai aktiviti sebegini aku dapat membina jaringan kenalan yang mempunyai minat yang agak sama.

Masalahnya ialah bila aktiviti yang diadakan bertindih atau selang masa yang terlalu dekat, bukan apa… ‘duit’ lah yang menjadi sebab utama. Penyertaan aktiviti bermakna kena keluar duit. Kalau dah berderet aktiviti setiap minggu mau tinggal duit syiling aje dalam kocek (pinjam kata-kata Abe Aziz).

Anyway, selepas majlis Sambutan Hari Raya anjuran CEC, forum CCC telah menganjurkan aktiviti santai ke Pantai Bagan Lalang pada 31 Oktober 2009 lepas. Aku dan family turut serta dalam aktiviti ini.

Masa bertolak dari Rawang hujan masih lagi turun sejak petang kelmarin. Walaupun rasa tak seronok mengenangkan hari hujan aku teruskan juga sebab dah janji untuk hadir. Bagaimanapun bila tiba di Sepang hujan sudah berhenti dan matahari mulai menyinar, rasa seronok la pulak.

Bila sampai di kawasan pantai bedekatan dengan pusat peranginan Gold Coast, Ghim dan Rashid telah sedia menunggu – siap booking tempat parkir lagi.

Ghim ni memang peramah betul dan tidak lokek ilmu. Belum apa-apa dia dah tunjukkan keputusan ujian Dyno ke atas CE sambil memberikan penerangan panjang lebar.

Pembukaan majlis oleh Aloyzam

Pembukaan majlis oleh Aloyzam

Selepas pembukaan majlis oleh Aloyzam, makan barbeque la… dan layan anak-anak mandi pantai. Selain dari layan anak-anak dan makan-makan sedikit perbincangan mengenai CE telah diadakan dan yang best ialah maklumat mengenai SFAC dari Batman.

Berikut adalah gambar yang sempat dimuatkan. Sebahagian besar adalah dari Lensa vLimo. Kredit Photo: vLimo (V5) – terima kasih.

Gambar dalam perjalanan pergi dan balik dari Bagan Lalang




Pemilik CE bersama CCC




Keluarga masing-masing bersantai




Macam-macam gaya anak-anak ni




Warna-warni pantai Bagan Lalang




Pemandangan waktu matahari hampir terbenam (semua lensa vLimo)




Di Poskan Dalam Diari, cheryeastarKomen (0)

Tags: , , , , , ,

Pelancaran Logo CEC


Sebelum membuat keputusan membeli MPV Chery Eastar (CE) aku bukan sahaja mencari maklumat dari berapa forum online bahkan aku turut menyertai perbincangan dalam forum Chery Eastar Club (CEC) dan Chery Community Club (CCC).

Selain dari membantu dalam membuat keputusan untuk membeli CE terdapat banyak maklumat berguna yang boleh dijadikan rujukan untuk menjadikan CE lebih mantap dan menawan.

Selepas aktiviti konvoi ke Kuantan pada 4 Oktober 2009, CEC telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya pada 18 Oktober 2009 di Kondominium Desamium RIMBA Seri Kembangan.

Pada majlis ini Jawatankuasa Kerja CEC telah mengambil kesempatan untuk melancarkan Logo CEC secara rasmi.

Pelancaran Logo CEC : Photo Credit- vLimo

Pelancaran Logo CEC : Photo Credit- vLimo




Selain dari pelacaran logo CEC Majlis sambutan Hari Raya berjalan dengan begitu meriah sekali. Selain ahli keluarga hadirin dapat bekenal-kenalan semasa mereka majlis bertambah meriah dengan pemberian duit raya oleh Castello dan Lanz.

Jawatankuasa Kerja CEC yang diketuai oleh Mr Mama, Radenumar dan Lanz83 memang hebat dalam merencanakan dan menjalankan aktiviti bagi pemilik CE.

Klik thumbnail di bawah untuk meihat sebahagian dari potret yang sempat diambil pada majlis tersebut. Kredit photo – vLimo, Radenumar & lain-lain, terima kasih.

Di Poskan Dalam Diari, cheryeastarKomen (0)

Tags: , , , , , , ,

Konvoi ke Service Centre Kuantan


Empat hari sebelum menyambut Hari Raya September lalu, MPV Chery Eastar yang aku beli pada minggu sebelumnya sampai ke tangan aku, jadi kami satu family dapat balik kampung beraya selepas 3 tahun tak balik. Bagaimanapun bab raya ni kita cerita di lain masa.

Ni nak cerita pasal aktiviti kelab pemilik MPV Chery Eastar (CE). Sebelum buat keputusan untuk beli CE aku google untuk cari maklumat yang dapat membantu. Cari punya cari dapat maklumat dari lowyat.net, kereta.info (KDI), paultan.org, cheryeasterclub.forumotion.com (CEC) dan cherycommunityclub.motionsforum.com (CCC). Ok jugak komen-komen positif dalam forum-forum berkenaan, tu yang aku buat keputusan untuk beli CE.

Seminggu selepas raya tiada sebarang aktiviti kerana ramai masih sibuk beraya dan puasa enam. Aktiviti yang pertama bagi aku sebagai pemilik CE ialah menyertai konvoi ke Service Centre (SC) di Kuantan anjuran CEC pada 4-Oktober-09. Bukan kat Selangor ni tiada SC tapi kami ada program untuk pasang ‘bullet’ kat CE.

Masa tu bacaan speedometer CE aku masih belum melepasi bacaan 1,000km, kalau tak silap baru 950km. Semasa sampai di Tol Karak bacaan speedometer dah melebihi 1,000km. Aku sangka kalau konvoi ni semua peserta maintain kelajuan kenderaan dalam 100-120km/j… betul tu, tapi tak lama.

Kalau tak silap aku selepas 15 minit bergerak dari Tol Karak, seorang peserta mula memecut, CE aku yang last sekali tapi terpaksa juga ‘toe the line’… lihat kelajuan pada speedometer dalam gambar, ni pun bukan kelajuan maksima yang boleh dicapai oleh CE.

Ni belum laju maksima

Ni bukan kelajuan maksima



Sedang berkonvoi...

Sedang berkonvoi. Photo credit: VLimO




Ni masa konvoi tiba di SC Kuantan..

Di SC Kuantan

Konvoi tiba di SC Kuantan: Photo credit: VLimO




Di SC Kuantan

Suasana di SC Kuantan: Photo credit: Lanz83



Not bad, kat SC Kuantan kami dapat sambutan hangat, ada jamuan raya lagi…

Whoa.. ada jamuan la..

Ada jamuan raya... best!



CE dah mula di servis

CE di servis..

CE peserta sedang di servis: Photo credit: Lanz83





Ni di depan kedai Pakar Eksos
kedai tempat tukar eksos bullet

Di kedai tempat tukar eksos bullet: Photo credit: Lanz83




Bullet telah dipasang

Bullet telah dipasang




Macam-macam jenis ada

Macam-macam jenis ada





Ok… berikut adalah gambar-gambar yang lain, klik thumbnail untuk besarkan.
Kredit photo: Lanz83 dan VLimo (V5) – terima kasih.

Di Poskan Dalam Diari, cheryeastarKomen (4)

Advertise Here

Pautan

  • Belajar Mandarin Belajar Bahasa Mandari dalam satu hari sahaja
  • Mbakl Host Hosting untuk blog, CMS, shopping cart dan lain-lain. Harga kompetitif

Site Terpilih

Else Where