Arkib Tag | "ATUR 450"

Tags: , , , ,

Ini kredit kad atau telefon bimbit?


Saya pernah menggunakan telefon bimbit ATUR 450 Ericcson, walaupun berat tapi amat bergaya.  Pada masa itu harga sebuah ATUR mencecah RM12,000 satu set. Tentu sekali ATUR milik syarikat tapi saya tumpang bergaya.

ATUR 450 - Besar dan berat

ATUR 450 - Besar dan berat

Tidak lama selepas itu dalam tahun 2000 saya berpeluang pula menggunakan telefon bimbit yang jauh lebih kecil keluaran Nokia. Syarikat tak beri handset tapi dapat line free sehingga sekarang.

Handset lebih kecil

Handset lebih kecil

Bagaimanapun teknologi telefon bimbit berubah dengan amat pesat terutama dari segi saiznya. Kebanyakan handset asal adalah agak ‘tebal’ tetapi lama-kelamaan menjadi semakin tipis dan slim.

Handset semakin slim dan tipis

Handset semakin slim dan tipis

Dengan teknologi terkini, handset era baru telah pun dicipta dan ia mirip sekeping kad kredit. Oleh kerana saiznya yang hampir sama dengan kad kredit ianya boleh disimpan di dalam dompet.

Handset seiras kad kredit     Gambar:dvice.com

Handset terkini seiras kad kredit Gambar:dvice.com

Di Poskan Dalam TeknologiKomen (0)

Advertise Here

Pautan

  • Belajar Mandarin Belajar Bahasa Mandari dalam satu hari sahaja
  • Mbakl Host Hosting untuk blog, CMS, shopping cart dan lain-lain. Harga kompetitif

Else Where