Kelmarin 6 Februari saya telah menghadiri Majlis Permaufakatan Ilmu anjuran Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, satu program pertemuan di antara ibubapa, guru-guru dan Pengerusi PIBG dengan matlamat untuk meningkatkan prestasi pencapaian UPSR 2010.

Majlis Permaufaktan Ilmu - SKBTP, 6 Februari 2010
Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah intipati dari ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh En Ghazali Hamzah dari Pejabat Pendidikan Selangor. Dalam ceramah tersebut banyak perkara yang boleh diambil sebagai peringatan dan amalan dalam membina kehidupan yang lebih ceria dan bahagia terutama kepada kita yang beragama Islam.

En Ghazali sedang menyampaikan ceramah motivasi
Belum memulakan ceramah dengan membuat pembetulan bahawa beliau bukan seorang Pengarah di Jabatan Pendidikan Selangor tetapi hanya sebagai Ketua Unit Perhubungan Awam dan Pendaftaran PIBG. Gaya penyampaian beliau mirip seorang Ustaz, banyak ayat-ayat Quran yang dipetik dan kemudian dijelaskan maksudnya secara mendalam dan kaitan dengan kehidupan untuk iktibar dan panduan para ibubapa.
Di bawah ialah antara intipati dan ayat-ayat Al-Quran yang sempat saya catit. Semoga kita semua mendapat manfaat dan iktibar dari catatan ini.
Pertama – Jalan keluar dari kerisauan terhadap masa depan anak-anak
Perkara ini memang ada dijelaskan dalam Al-Quran di mana kita sebagai ibubapa memang tetap risau mengenai masa depan anak-anak kita bukan sahaja dari segi untuk berjaya dalam pelajaran bahkan mengenai semua aspek kehidupan mereka termasuk ahlak dan akidah mereka. Ayat yang dipetik ialah dari Surah AnNisa ayat 9 dan Surah Yunus ayat 57,

An-Nisa Ayat 9
Tegas En Ghazali, dalam ayat ini Allah telah menyatakan mengenai kebimbangan manusia terhadap masa depan anak-anak yang akan ditinggalkan (selepas mati), dan Allah juga telah memberikan jalan keluar iaitu dengan bertakwa dan bercakap benar.

Ayat 57 Surah Yunus
Kata En Ghazali lagi bertakwa, bercakap benar dan mengambil pengajaran (mengamalkan perintah Allah) dari Al-Quran adalah perkara asas yang dapat melepaskan kita dari perasaan risau, khuatir dan segalam macam penyakit jiwa (hati) sepertimana janji Allah dalam kedua-dua ayat ini.
Ayat 57 dari Surah Yunus juga adalah merupakan salah satu dari enam ayat Syifa yang terdapat di dalam Al-Quran.
Kedua – Kaitan makanan dan ilmu
Dalam bab makanan ni rasanya kita sebagai ibubapa sudah maklum mengenai makanan ‘junk foods’ yang menyumbang kepada kekuarangan daya fikir di kalangan anak-anak. En Ghazali telah memetik dari Surah Al-Baqarah ayat 168 & 169 di mana Allah telah memerintahkan kita supaya mengambil makanan yang baik-baik (halal dan berkhasiat).

Ayat 168-169 Surah Al-Baqarah
En Ghazali telah mengaitkan mengenai takwa dan pemilihan makanan yang baik-baik sebagai salah satu cara untuk kita mudah memahami ilmu yang dipelajari dan juga punca untuk mendapatkan ilmu secara ilham atau ilmu hikmah terus dari Allah. Untuk ilmu hikmah ini beliau telah memetik ayat 269 juga dari Surah Al-Baqarah.

Ayat 269 Al-Baqarah
Di mana mereka yang mendapat anugerah ilmu hikmah adalah di kalangan mereka yang bertakwa dan mengambil pengajaran dari ayat-ayat Allah.
Ketiga – Melembutkan hati anak-anak yang keras
Sebagai ibubapa kita kadang-kadang merasa hilang punca untuk menghadapi karenah anak-anak yang degil, itu pun baru degil sikit. Bagaimana pula nak mengatasi karenah anak-anak yang bukan sahaja degil bahkan ‘melawan’ pula dengan ibubapa. Dalam hal ini En Ghazali telah memberikan kaedah bagaimana ayat-ayat tertentu di dalam Al-Quran boleh digunakan sebagai pelembut hati anak-anak. Dia mengesahkan bahawa keberkesanan menggunakan ayat-ayat ini telah terbukti dari kes-kes yang beliau sendiri menjadi konsilernya.
Cara pertama ialah dengan membaca Ya-Latiff dalam 40 kali atau 100 kali (atau lebih) dan kemudian diikuti dengan membaca ayat 19 Surah Asy-Syura dengan niat agar Allah melembutkan hati anak kita (boleh sebut nama sekali).

Ayat 19 Surah Asy Syura
Kemudian dihembuskan (isyarat sahaja) ke dalam balang (botol) air. Air diberi minum kepada anak untuk 7 atau 14 atau 21 atau 40 atau 100 hari.
Cara kedua (bagi anak yang melawan ibubapa) sama dengan cara pertama tapi baca ayat 1-5 Surah Thoha. Guna kaedah sama seperti cara pertama iaitu beri minum dari 7 atau sehinga 100 hari.

Ayat 1-5 Surah Thoha
Keempat – Ayat 1-2 Surah Al-Qalam untuk merawat kanser payudara
Saya pun tidak tahu macam mana beliau boleh ‘terlajak’ untuk berkongsi ilmu yang satu ini. Rasanya ini semua rahmat Allah jua. Kita tahu bahawa ramai wanita menderita penyakit ini dan ramai yang maut dalam kesakitan yang amat derita. Seorang rakan saya yang sama-sama mengambil Diploma di UTM dua puluh tahun lalu baru sahaja meninggal akibat kanser payudara yang tidak dapat disembuhkan setelah menderita lebih tiga tahun.
Kaedah yang diterangkan oleh En Ghazali amat mudah, baca ayat berkenaan dan niat transferkan bacaan tersebut dengan isyarat jari dengan memusingkan tangan (pembaca) di sekeliling payudara isteri dengan arah lawan jam. Baca dalam bilangan ganjil dan mohon Allah sembuhkan penyakit berkenaan.

Ayat 1-2 Surah Al-Qalam utk merawat kanser payudara
Kalau boleh ambil telur ayam (biasanya ayam kampung) dan alin telur tersebut mengikut pusingan lawan jam sambil membaca ayat 1-2 Surah Al-Qalam ini, kemudian pecahkan telur tersebut, buang putih telur dan ambil kuning telur. Kuning telurtadi kemudian perlu dibuat seperti ‘mask’ pada payudara untuk semalaman.
Ulang kaedah sehingga sembuh, tempuh masa cepat atau lambat itu terpulang kepada kurnia dan izin Allah. Mengikut En Ghazali kaedah ini telah terbukti berjaya dan doktor yang merawat wanita berkenaan terperanjat bagaimana penyakit kanser tersebut boleh pulih seperti sediakala. Tiada yang mustahil bila usaha kita Allah perkenankan.
Kelima – Doa mohon perlindungan dari lapan perkara
Rasanya ramai yang sudah beramal dengan doa ini yang diajarkan oleh Nabi saw. Mengikut En Ghazali ramai dari mereka yang dikonseling oleh beliau (lelaki & wanita) yang mengamalkan ayat ini telah mendapat jalan keluar dari permasalahan yang dihadapi terutamanya mereka yang mempunyai hutang kad kredit yang banyak.

Doa lapan perkara
Jadikanlah doa ini sebahagian dari doa harian kita, moga-moga Allah sentiasa melepaskan kita dari lapan perkara ini,
- Dukacita – gelisah
- Rasa sedih
- Perasaan lemas
- Perasaan malas (tidak bermaya)
- Sifat pengecut
- Sifat bakhil
- Bebanan hutang
- Kekerasan orang yang menindas
Alhamdulillah, moga-moga catatan ini dapat memberikan sedikit sebanyak panduan dan iktibar kepada anda. Kalau ada masalah rasanya lebih baik berjumpa dan bertanya kepada mereka yang arif.
Kredit ayat Quran & terjemahan: my.quran.nu




