Konvoi ke Service Centre Kuantan

Empat hari sebelum menyambut Hari Raya September lalu, MPV Chery Eastar yang aku beli pada minggu sebelumnya sampai ke tangan aku, jadi kami satu family dapat balik kampung beraya selepas 3 tahun tak balik. Bagaimanapun bab raya ni kita cerita di lain masa.

Ni nak cerita pasal aktiviti kelab pemilik MPV Chery Eastar (CE). Sebelum buat keputusan untuk beli CE aku google untuk cari maklumat yang dapat membantu. Cari punya cari dapat maklumat dari lowyat.net, kereta.info (KDI), paultan.org, cheryeasterclub.forumotion.com (CEC) dan cherycommunityclub.motionsforum.com (CCC). Ok jugak komen-komen positif dalam forum-forum berkenaan, tu yang aku buat keputusan untuk beli CE.

Seminggu selepas raya tiada sebarang aktiviti kerana ramai masih sibuk beraya dan puasa enam. Aktiviti yang pertama bagi aku sebagai pemilik CE ialah menyertai konvoi ke Service Centre (SC) di Kuantan anjuran CEC pada 4-Oktober-09. Bukan kat Selangor ni tiada SC tapi kami ada program untuk pasang ‘bullet’ kat CE.

Masa tu bacaan speedometer CE aku masih belum melepasi bacaan 1,000km, kalau tak silap baru 950km. Semasa sampai di Tol Karak bacaan speedometer dah melebihi 1,000km. Aku sangka kalau konvoi ni semua peserta maintain kelajuan kenderaan dalam 100-120km/j… betul tu, tapi tak lama.

Kalau tak silap aku selepas 15 minit bergerak dari Tol Karak, seorang peserta mula memecut, CE aku yang last sekali tapi terpaksa juga ‘toe the line’… lihat kelajuan pada speedometer dalam gambar, ni pun bukan kelajuan maksima yang boleh dicapai oleh CE.

Ni belum laju maksima

Ni bukan kelajuan maksima



Sedang berkonvoi...

Sedang berkonvoi. Photo credit: VLimO




Ni masa konvoi tiba di SC Kuantan..

Di SC Kuantan

Konvoi tiba di SC Kuantan: Photo credit: VLimO




Di SC Kuantan

Suasana di SC Kuantan: Photo credit: Lanz83



Not bad, kat SC Kuantan kami dapat sambutan hangat, ada jamuan raya lagi…

Whoa.. ada jamuan la..

Ada jamuan raya... best!



CE dah mula di servis

CE di servis..

CE peserta sedang di servis: Photo credit: Lanz83





Ni di depan kedai Pakar Eksos
kedai tempat tukar eksos bullet

Di kedai tempat tukar eksos bullet: Photo credit: Lanz83




Bullet telah dipasang

Bullet telah dipasang




Macam-macam jenis ada

Macam-macam jenis ada





Ok… berikut adalah gambar-gambar yang lain, klik thumbnail untuk besarkan.
Kredit photo: Lanz83 dan VLimo (V5) – terima kasih.

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Mixx
  • MySpace
  • Google Bookmarks
  • Technorati

Pos Berkaitan

9 Komen untuk pos ini

  1. CheryFamili Says:

    Salam…

    insyaalah..munggu depan…kami akan memiliki MPV idaman kami Chery..
    Nak Tanya ..
    Mcm mana nak joint club nie..?
    adakah selepas kita beli Chery kita automatic jadi member..?
    kalau saya nak info mcm mana nak contact..?

    Best Regards
    WP

  2. Azmi Taufik Says:

    Tuan, saya cadangkan tuan untuk join CEC (Chery Eastar Club) di forum berikut,

    Chery Eastar Club Forum

    Untuk join club ni tiada bayaran atau yuran dikenakan kecuali jika ingin mengikuti aktiviti yang dijalankan.

  3. alimi Says:

    askum geng chery…baru nak tempah chery 2.4l…enjin mit…sebab bulan 2 dah masuk enjin china…alcero ke ape ntah….dah berkenan terus bookk…insya allah saya pun nak join cec ni…

  4. Azmi Taufik Says:

    Tahniah kalau dah booking. Anyway kalau belum ada CE pun boleh join CEC, tiada masalah. Kalau dah daftar kat forum tu boleh juga ketengahkan persoalan atau kemuskilan yang ada.

    Rasanya bulan Mac ni CEC plan utk family day kat pantai (pantai mana tak confirm lagi), bolehlah kumpul ‘peruntukan’ dari sekarang.

  5. chery user Says:

    Salam…

    Bila kena tukar timing belt? Ada kata 30,000km?? Ye ke?
    Hrp dpt bantu…

    TQ

  6. amir Says:

    askum mcm maner nak join club nie

  7. Azmi Taufik Says:

    Wa’alaikummusalam,

    Sila ke cheryeastarclub untuk mendaftar. Kalau tak daftar tak dapat masuk forum. Tiada bayaran utk pendaftaran.

  8. Mr Mama Says:

    salam bro apa khabar……….. skrg bzee ke……….
    program annual gathering cherry eastar owner pada 3-5 . 12.2010 ni boleh melapangkan diri ke…….. closing daftar 30.9.2010……….. apa apa bro on line forum ye……. thanks…….

  9. own Says:

    sparepart utk chery byk tak?
    kat mana blh dpt spring sport utk chery& berapa harga?

Hantar komen

Advertise Here

Pautan

  • Belajar Mandarin Belajar Bahasa Mandari dalam satu hari sahaja
  • Mbakl Host Hosting untuk blog, CMS, shopping cart dan lain-lain. Harga kompetitif

Else Where