Teropong Apa Saje

Tags: , ,

Animasi Jepun tak sesuai


Animasi kartun dari Jepun banyak yang tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak di Malaysia kata Pengerusi Lembaga Penapis Filem. Saya agak terkejut apabila membaca berita ini dari Harian Metro online.

Bagus juga ada LPF jadi semua cerita samada video, movie atau animasi dapat ditapis sebelum diberikan kebenaran lulus tayang. Kalau tak silap saya dalam kebanyakan animasi kartun dari Jepun atau Korea terdapat adengan di dalam gereja, tiada pulak adengan dalam tokong atau kuil. Ini juga merupakan cara halus untuk dokterin ke arah Kristianisasi.

Jika kita rungkai kembali kebanyakan kes murtad yang berlaku di Malaysia adalah kepada Kristianisasi dan bukan kearah Hindu atau Buddha. Anda sebagai ibu, bapa dan penjaga kepada anak-anak juga perlu peka terhadap perkara yang kadang-kadang kita anggap remeh tapi bila dah berlaku kes murtad dalam keluarga baru menangis dan kecoh kesana kemari.

Berita dari hmetro.com.my (verbatim)

KOTA BAHRU: Filem Animasi Jepun adalah antara DVD yang dikesan paling bahaya untuk ditonton oleh kanak-kanak di negara ini kerana mempunyai unsur negatif yang boleh merosakkan minda.

Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF), Datuk Mohd Hussain Shafie berkata, ramai masyarakat di negara ini tidak mengetahui mengenai bahaya sesetengah cerita filem animasi kerana kurang peka terhadap kandungan DVD dan beranggapan ia hanya sebuah cerita rekaan seperti kartun yang sesuai untuk kanak-kanak.

“Banyak cerita animasi dari Jepun kita haramkan kerana walaupun ia adalah cerita animasi yang dikatakan sesuai untuk golongan kanak-kanak tetapi ia tetap lebih kepada golongan dewasa.

“Ada antara kandungan cerita itu memaparkan animasi wanita dengan pakaian singkat, membuka dada dan beberapa adegan yang tidak elok untuk ditontoni oleh golongan kanak-kanak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Bersama Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan Cawangan Kelantan di sini hari ini.

Dialog berkenaan adalah kali pertama diadakan LPF di negeri ini yang turut dihadiri wakil dari Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan dan menghimpunkan beberapa penerbit, pengedar dan penjual VCD dan DVD di negeri ini.

Tanpa menyebut jumlah animasi yang diharamkan, katanya lebih membimbangkan apabila kebanyakan filem animasi yang dibawa masuk ke negara ini mempunyai beberapa siri atau episod yang panjang.

“Ini menyebabkan pihaknya terpaksa membuat penelitian yang lebih bagi memastikan tiada kandungan yang tidak sesuai dalam setiap episod yang dikeluarkan. “Masalahnya, cerita animasi dari Jepun ini panjang sirinya, berpuluh-puluh episod, kadang-kadang dalam satu atau dua episod kandungannya yang kita tengok semuanya okey, tetapi masuk episod keenam baru ada adegan buka-membuka (baju), ini yang bahaya,” katanya.

Sambil menyuarakan kebimbangan terhadap penghasilan animasi sebegitu beliau berkata, pihaknya terpaksa mengambil tindakan mengharamkan animasi yang terlalu berisiko untuk ditontoni kanak-kanak dan didapati tidak dapat disunting.

“Kalau ada benda yang tak boleh dipotong maka kita akan haramkan kesemua siri atau episod berkenaan dari disiarkan,” katanya.

Mohd Hussain bagaimanapun berkata, sikap segelintir ibu bapa atau penjaga yang terlalu mengambil mudah dan menggantikan kesibukan masa mereka untuk anak-anak dengan membelikannya pemain VCD dan cerita-cerita animasi untuk tontonan, menyebabkan ramai kanak-kanak yang masih terdedah menonton animasi yang boleh merosakkan minda.

“Apa yang terbaik adalah ibu bapa atau penjaga itu sendiri mengawal dan menjaga apa yang ditontoni anak-anak mereka, kalau beli animasi lihatlah dulu kandungan animasi itu sebelum berhasrat untuk membenarkan anak-anak menontonnya,” katanya.

Selain itu Mohd Hussain menegaskan tapisan yang dibuat LPF bagi sebarang filem di negara ini bukan kerana mahu menyekat hak masyarakat untuk menonton filem-filem berkenaan tetapi ia lebih kepada menjaga kepentingan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai agama, golongan dan usia di negara ini.

Menyifatkan tapisan filem yang dibuat pihaknya seumpama undang-undang jalan raya yang perlu dipatuhi oleh semua pihak, beliau berkata ia dibuat untuk keselamatan dan kesan jangka panjang terhadap perkara baik dan buruk yang akan membentuk masyarakat daripada apa yang ditontoni.-Bernama

Di Poskan dalam UmumKomen (0)

Teropong Apa Saje

Tags: ,

Ini berita baik!


Pusing-pusing online terjumpa pulak berita ni. Whoa… ini betul-betul berita baik buat mereka yang sudah berkahwin untuk mengatasi masalah tekanan perasaan. Macam ni kalau sentiasa stress pun kira ok la jugak, tapi tiba-tiba terus jadi KO  bila bendera jepun naik seminggu.

Hilangkan stress dengan seks

Hilangkan stress dengan seks :Gambar -Corbis

Berita asal dari utusan.com.my (verbatim).

Seks penawar terbaik bagi suami isteri atasi tekanan

20/09/2010 7:26pm

NEW DELHI 20 Sept. – Aktiviti seks merupakan penawar terbaik bagi mengatasi tekanan perasaan di kalangan suami isteri, kata seorang ahli seksologi India yang terkenal.

Dr. Narayana Reddy berkata, slogan ‘penyembuhan seksual’ di kalangan ahli seksologi kini semakin digemari di kalangan suami isteri yang mendapatkan bantuan profesional bagi mengatasi tekanan dan meningkatkan hubungan seksual mereka.

Beliau berkata, kekerapan aktiviti seks dianggap ubat terbaik bagi menyembuhkan pelbagai penyakit daripada gangguan jantung, arthritis kepada kemurungan biasa, kerana keseluruhan tubuh badan akan kembali bertenaga selepas persetubuhan.

Kekerapan seks menurutnya, adalah tiga kali dalam 10 hari atau tiga kali sebulan sudah mencukupi.

Tetapi beliau mengingatkan kegiatan hubungan suami isteri perlu juga bebas dari sebarang tekanan.

“Seks adalah baik. Tetapi ia mesti hubungan seks yang sihat, ia juga perlu bebas dari rasa bersalah. Bukan seks di luar ikatan perkahwinan atau mengunjungi pekerja seks komersial,” katanya kepada Bernama.

“Setiap hubungan seks membakar 200 kalori, yang bersamaan dengan 15 minit menggunakan alat senaman atau setengah jam berjalan kaki di taman. Ini membantu membebaskan endokrin yang membuatkan kita rasa ceria,” kata Dr. Narayana yang berpangkalan di Chennai. – Bernama

Ha, amacam? Apa komen anda?

Di Poskan dalam UmumKomen (0)

Teropong Apa Saje

Tags: , ,

Ramai pekerja di Malaysia masih miskin


Mengapa selepas 53 tahun kita merdeka masih ramai pekerja di negera ini hidup di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK)? Itu hanya mengambil kira 34 peratus dari 1.3 juta (442,000) pekerja yang menerima pendapatan kurang dari RM720 sebulan.

Saya tidak dapat bayangkan bagaimana mereka yang menerima pendapatan kurang dari RM720 sebulan dan yang telah berumah tangga serta mempunyai 2 atau 3 orang anak dapat memberikan tempat kediaman, makanan dan pelajaran yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Terpaksa minta belas ihsan orangramai

Gambar hiasan: Terpaksa minta belas ihsan orangramai - sumber: haneefisa.com

Bagaimana pula dengan mereka yang telah dikategorikan dalam golongan orang tua, penganggur, peminta sedekah dan yang hidup merempat? Saya yakin jumlah mereka yang hidup di bawah PGK akan berlipat kali ganda.

Kita sebagai rakyat ingin tahu langkah dan tindakan yang telah dan akan dibuat oleh pihak kerajaan untuk menangani masalah ini untuk jangkamasa panjang (long term solution). Kita juga mahu ada satu badan yang khusus untuk memantau program ini dan melapurkan perkembangannya secara berkala terus kepada Parlimen.

Sekiranya tindakan dibuat secara berkala atau hanya bila pertanyaan & perbahasan dibuat di Parlimen baru dibentangkan langkah-langkah yang hendak diambil maka selagi itu rancangan “Bersama Mu” di TV3 akan terus ke udara untuk 50 tahun lagi.

Di bawah ini adalah berita dari nst.com.my mengenai seorang pekerja yang mendapat gaji sekitar RM750 sebulan (verbatim).

They can’t make ends meet

JAMILAH (not her real name), 28, earns RM750 as a salesgirl in Kuala Lumpur. A single mother of four children, aged 7, 6, 3 and 1, she gave away the youngest one last year because she could not afford to look after her.

Her eldest has been sent back to the kampung to live with her mother-in-law, while her second and third are being cared for by a shelter for women.

Her pay is just enough for rent, transport and food for herself. To get more, she has been trying to help a friend sell T-shirts during the weekend for an extra RM50 a day.


“I don’t have the skills or education to get better paying jobs. I also don’t have the money or the time to go for training,” she adds. Indeed, every minute of the day is spent working or travelling to and from work in congested buses that ply Kuala Lumpur’s busy streets.

Today, there are still people who earn RM380 a month and these are employed by major corporations, says Malaysian Trades Union Congress secretary-general, G. Rajasekaran. This, he adds, are generally unskilled and semi-skilled workers whowork in the production and manufacturing sector.

There are also white-collar jobs that pay as low as RM800 a month in major cities. The Consumer Price Index, he says, shows that prices have generally gone up about 30 per cent in the last 10 years, but the wages of many have gone up by only about 10 per cent.

As example, he says the union has recently concluded a pay hike agreement for workers in an assembly plant who have been earning RM600 for the last six years.

“In the new deal, they are getting RM650. That’s just eight per cent increase in six years,” he says.

In Singapore, he says the minimum pay is S$980 (RM2,275) a month. Even if we do not take into account the exchange rate, it is a lot better; “is it any wonder why many of our people go there to work?”

National Union of Journalists secretary-general, V. Anbalagan, says wages of journalists have been “stagnant” over the last decade.

“Our trade unions have only been able to argue for an average wage increase of about 3.5 per cent per annum. That’s about the same as the annual aggregated inflation rate.”

If we are looking at whether we are earning enough to afford the basic needs we deem necessary — like proper nutrition, living quarters, education, transport and healthcare — then the 40 per cent of Malaysian households who are earning less than RM1,500 a month are definitely not getting enough, says Universiti Malaya’s Prof Dr Rajah Rasiah.

It is safe to assume that if any one of these 40 per cent of Malaysians gets a serious ailment, then they will immediately become a debtor.

“If they turn to a private hospital, they will become poor instantly.”

As we progress towards a developed nation, people must be able to get the best, says Prof Ahmad Zubaidi Baharom Shah of Universiti Putra Malaysia.


Di Poskan dalam UmumKomen (1)

Teropong Apa Saje

Tags: , ,

Umur bukan halangan


Kejayaan nenek yang berusia 94 tahun ini mendapat ijazah sarjana muda dengan kepujian seharusnya menjadi pendorong kepada golongan pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu.

Nenek Graduan

Nenek Graduan - (sumber:kosmo.com.my)

Hazel Soares menerima ijazah sarjana muda sastera dalam pengajian sejarah dengan kepujian di Kolej Mills.

Kesungguhan beliau dalam mengejar cita-citanya amat wajar dijadikan inspirasi dan motivasi bagi pelajar yang ingin berjaya untuk digelar sebagai seorang graduan.

Sikap positif dan minat yang mendalam yang telah ditunjukkan oleh nenek ini boleh dijadikan tauladan dan panduan yang amat berguna.

Bagi pelajar lepasan SPM yang gagal untuk mendapatkan tempat di IPTA atau lain-lain kolej atas sebab keputusan yang kurang baik atau kekurangan dana untuk membayar kos pengajian tidak seharusnya berputus asa.

Jadikan berita kejayaan nenek ini sebagai cabaran dan pembakar semangat untuk berusaha dengan lebih gigih dalam mengejar cita-cita untuk menjadi seorang graduan.

Tajuk video menyatakan beliau mendapat ‘College Diploma” tapi dalam teruramah ringkas ini menyatakan ijazah sarjana muda.

Di Poskan dalam UmumKomen (0)

Teropong Apa Saje

Tags: , , ,

Berkunjung ke Pestabuku Antarabangsa 2010


Pestabuku Antarabangsa 2010

Label di pintu masuk Dewan 1

Pagi tadi saya dan isteri ditemani dua orang anak Shafiq dan Hanafi berkesempatan berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa 2010 di PWTC.

Kami sampai dalam jam 10.50 pagi dan terpaksa parking agak jauh dari PWTC. Terlalu ramai pengunjung sehingga agak payah untuk bergerak dari gerai ke gerai.

Selepas membuat satu pusingan di Dewan 1 kami turun semula ke Aras G untuk memasuki gerai Karangkraf. Di sini pun keadaan teramat sesak, maklumlah bahagian novel memang menjadi tumpuan pengunjung.

Saya hanya menunggu berdekatan pintu masuk sementara isteri memilih novel. Masa menunggu untuk membuat pembayaran tidak lama kerena  terdapat banyak kaunter bayaran.

Selepas keluar dari gerai Karangkraf kami beredar keluar untuk berehat sebelum pergi ke Dewan 2. Semasa di luar saya sempat mengambil gambar Hanafi dengan “Panda”.

Kemudian kami terus ke Dewan 2 dan bila sampai kami ternampak ‘Upin & Ipin’ dan Hanafi sempat bergambar dengan mereka.

Kami agak lama memilih buku di gerai Al-Risalah dan pada jam 2.30 petang kami beredar pulang.

Di Poskan dalam UmumKomen (0)

Advertise Here

Pautan

  • Belajar Mandarin Belajar Bahasa Mandari dalam satu hari sahaja
  • Mbakl Host Hosting untuk blog, CMS, shopping cart dan lain-lain. Harga kompetitif

Else Where