Teropong Apa Saje

Tags: , , ,

Hanya untuk hits kat youtube


Sejak ujudnya youtube.com pelbagai ragam aksi yang kadang-kadang tidak masuk akal dilakonkan semata-mata untuk dapatkan hits tertinggi dan cepat popular.

Mungkin terdapat di kalangan kita yang mengatakan lagak sebegini idea hebat atau “out-of-the-box” tapi implikasi buruk terhadap diri sendiri tetap ada. Berkemungkinan juga perlakuan sebegini akan mempengaruhi remaja untuk meniru cara perlakuan merbahaya seperti ini.

Adakah mereka ini berjiwa kosong, terlebih adrenalin atau sebenarnya sakit jiwa? Anda saksikan 2 rakaman di youtube.com dan buat tafsiran sendiri.


Crazy man lets train run over him brought to you by Videobash

 

 

Di Poskan dalam UmumKomen (0)

Teropong Apa Saje

Tags: ,

Macam-macam ragam


Bila baca berita ni tadi aku geleng kepala, nak tergelak pun ada, sedih pun ada. Nak tegelak pasal bela kambing dalam rumah, ini bermakna pasangan suami-isteri ni makan dan tidur bersama kambing… dah macam anak sendiri kot.

Sedih pulak sebab kesian atas ketidakmampuan mereka untuk membina kandang bagi menempatkan kambing-kambing berkenaan.

Tengok la gambar kat bawah ni, kambing siap panjat meja makan kat dapur lagi….

Bela Kambing Dalam Rumah

Rezeki kau la kambing.... Gambar:hmetro.com.my

Sumber berita:hmetro.com.my (verbatim),

LEDANG: Walaupun tinggal sebumbung dengan 24 kambing milik mereka di Pekan Rawang di sini, sejak 10 tahun lalu, Wahid Husin, 58, dan isteri, Ijah Jaafar, 40, tidak menganggap bau serta kesesakan di dalam rumah kerana kehadiran ternakan berkenaan mengganggu mereka sebaliknya menambahkan lagi keceriaan.

Mereka yang mendakwa sudah biasa hidup sebumbung dengan haiwan terbabit malah tidak sanggup membiarkan ternakan itu tinggal di luar.

“Ada rakan serta jiran mengesyorkan kami melepaskan kambing itu ke luar rumah tetapi kami bimbang hilang dicuri atau mengganggu ketenteraman penduduk,” katanya, semalam.

Wahid yang mendakwa tidak cukup modal membina kandang kambing berkata, sudah lama dia merancang membina kandang berkenaan tetapi hasrat sering terbantut kerana ada lagi perkara penting perlu dilakukan dengan wang yang ada.

Bagaimanapun, Wahid tetap berharap impiannya untuk mempunyai kandang kambing terlaksana.

Menurut Wahid, pada mulanya dia hanya membela dua kambing sebagai haiwan peliharaan tetapi lama-kelamaan membiak hingga mencecah 24 ekor.

“Semua ini bermula selepas saya mengambil keputusan berhenti kerja di sebuah kilang perabot berhampiran dan membela kambing bagi mengisi masa lapang.

“Tidak pula saya jangka kambing dulunya hanya dua ekor kini membiak sebanyak sekarang menyebabkan rumah kami sesak,” katanya.

Pasangan yang masih tiada cahaya mata itu amat menyayangi kambing berkenaan sehingga tidak sanggup menjualnya kepada orang ramai.

Di Poskan dalam UmumKomen (0)

Teropong Apa Saje

Tags: , ,

Lagi kes anak derhaka


Apa la nak jadi dengan orang muda di Malaysia ni ek? Tak boleh tegur sikit, dah la panas baran kurang ajar la pulak dengan ibu sendiri.

Kita biasa disajikan dengan berita anak pukul ibu sendiri tapi hari ini saya geleng kepala bila baca berita anak nak humban ibu dari tingkat 14 flat kediaman mereka di Cheras. Masalahnya bukan ibunya suruh buat kerja, cuma suruh berkelakuan baik dan bertaubat je. Itu pun dah tak boleh terima.

Berita dari hmetro.com.my (verbatim)

KUALA LUMPUR: Seorang anak yang mabuk sanggup bertindak luar batasan apabila mendukung dan cuba mencampakkan ibu kandungnya sendiri dari tingkat 14, sebuah flat di sini, selepas tiba-tiba naik berang mendengar syarahan ibunya agar bertaubat, malam kelmarin.

Bagaimanapun, wanita berusia 47 tahun dan bekerja sebagai pekerja pembersihan itu terselamat daripada maut apabila sempat meronta dan melarikan diri sebelum membuat laporan polis selepas tidak tahan dengan sikap liar anak lelakinya yang berusia 22 tahun itu.

Sumber Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berkata, kejadian berlaku jam 8.30 malam apabila suspek dalam keadaan mabuk pulang ke rumah ibunya di Flat Sri Sarawak, Jalan Kenanga, Cheras.

“Difahamkan, suspek yang tidak dapat berfikir waras mengamuk tanpa sebab di dalam rumah dengan sengaja menjerit dan membuat bising. Tidak cukup dengan itu, suspek turut merosakkan perkakas rumah.

“Walaupun diminta ibunya supaya menghentikan perbuatan itu, suspek bertambah ganas apabila mula membaling barang kaca seperti pasu hingga pecah.

“Tidak cukup dengan itu, suspek turut memecahkan tingkap kaca rumah menyebabkan ibunya hilang sabar dan menjerit mengarahkan anaknya berhenti daripada berkelakuan liar,” katanya.

Difahamkan, mangsa cuba menasihatkan anaknya itu supaya berubah dan menjadi anak yang baik, selain menghentikan tabiat buruknya yang gemar pulang mabuk.

Namun, nasihat ibunya itu menyebabkan suspek menjadi bertambah ganas sebelum mengugut mahu membunuh wanita berkenaan dengan mencampakkan mangsa ke bawah.

“Bagaimanapun, mangsa yang cuba ditarik suspek melarikan diri sebelum segera menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan selepas bimbang dibunuh anaknya sendiri.

“Polis yang segera datang sebaik menerima laporan kemudian memberkas suspek yang ketika itu masih berada di rumah,” katanya.

Menurutnya, polis menahan reman suspek selama tiga hari sebelum dihantar ke Balai Polis Bukit Jalil di sini, untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun, suspek yang bekerja sebagai penjual tiket wayang dibebaskan pada hari sama selepas ibunya tidak sampai hati dan menarik semula laporan polis yang dibuat.

“Susulan penarikan semula laporan polis terdahulu yang dibuat mangsa, polis melepaskan suspek yang berjanji berkelakuan baik,” katanya..

Di Poskan dalam UmumKomen (0)

Teropong Apa Saje

Tags: , ,

Pelaris perniagaan terbaik


Macam-macam cara dibuat untuk menarik pelanggan. Dulu sibuk dengan wanita berbikini mencuci kereta, tapi yang terbaru ni lagi best. Tukang gunting rambut separuh bogel… pasti mengancam!

Lapuran berita dari Kosmo.com.my  (verbatim)

Gunting rambut tanpa pakai baju

SYDNEY – Sebuah salun di sini menawarkan perkhidmatan tukang gunting rambut wanita yang menggunting rambut lelaki tanpa memakai baju, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Salun itu diberi nama Hotcuts dan idea untuk membukanya adalah ilham daripada pemiliknya yang dilahirkan di Poland, Wojtek Wasilewski, 26.

Menurut Wasilewski, dia mengambil masa selama 18 bulan untuk mencari empat wanita yang menjadi tukang gunting rambut yang sanggup mendedahkan payu dara.

“Perniagaan semakin laris. Telefon selalu berdering (tempahan),” katanya yang merupakan seorang lelaki.

Wanita-wanita akan mendedahkan payu dara dan memakai seluar pendek atau seluar dalam semasa mereka menggunting rambut lelaki. – Agensi

Di Poskan dalam UmumKomen (0)

Teropong Apa Saje

Tags: , , , ,

Ibu berseronok anak dilekat pada dinding


Macam-macam perkara pelik berlaku kat dunia ni. Ibu yang sepatutnya melindungi dan menyangi anak sendiri tergamak melekatkan anaknya pada dinding semata-mata untuk berseronok dengan teman lelakinya tanpa gangguan.

Cerita selanjutnya dari hmetro.com.my (verbatim)

Bayi dilekat pada dinding

2010/10/02

LINCOLN (Nebraska): Gambar dipaparkan ini menceritakan kisah yang menyayat hati apabila seorang bayi lelaki dipercayai menjadi mangsa kekejaman ibu dan kekasihnya.

Bayi berusia 22 bulan itu dilekatkan ke dinding selepas ibu dan kekasih wanita itu seronok berparti di kediaman mereka di Lincoln, Nebraska, Amerika Syarikat. Jayla Hamm, 18, dikatakan membantu kekasihnya, Corde Honea,19, melekatkan lengan, kaki dan tubuh bayinya ke dinding menggunakan pita pelekat. Jayla dan Honea kemudian mengambil gambar bayi malang itu yang menangis kesakitan sambil mengacukan minuman kegemarannya. Perbuatan tidak berhati perut pasangan itu terdedah apabila Jayla menunjukkan gambar berkenaan kepada seorang rakan yang kemudian menghubungi polis. Polis merampas kamera digital yang digunakan pasangan itu untuk mengambil gambar bayi terbabit.

Menurut polis, bayi itu dilihat menangis kesakitan ketika dilekatkan ke dinding dengan pita pelekat.

Satu daripada gambar memaparkan bayi itu cuba melepaskan diri apabila lengan dan tangannya dilekatkan ke belakang pada dinding.

Gambar lain pula menunjukkan pita pelekat dilekatkan merentangi tubuh dan kakinya.

Bayi dilekat pada dinding

Bayi dilekat pada dinding - Sumber: hmetro.com.my

Polis berkata, pasangan itu yang didapati khayal selepas seronok berparti melekatkan bayi berkenaan ke dinding untuk tujuan hiburan bukan mendisiplinkannya.

Perbuatan kejam itu berlaku selepas kisah seorang budak perempuan dilekat pada dinding tersebar di Internet sebelum ini.

Hakim Paul Korslund menjatuhkan hukuman penjara 10 hari ke atas Jayla dan tempoh percubaan selama dua tahun. “Apa yang mengejutkan mengenai kes ini ialah ia menyalahi fitrah semula jadi ibu bapa yang biasanya akan melindungi anak mereka daripada penderaan dan penghinaan,” kata Korslund. Bayi berkenaan kini ditempatkan di pusat perlindungan negeri.

Honea pula dihukum 3 hingga 5 tahun penjara kerana mendera kanak-kanak dengan niat. Dia juga dipenjara 2 hingga 5 tahun atas tuduhan berasingan iaitu melakukan rompakan dan 12 ke 24 bulan kerana memiliki senjata api curi. -Agensi

Di Poskan dalam UmumKomen (0)

Advertise Here

Pautan

  • Belajar Mandarin Belajar Bahasa Mandari dalam satu hari sahaja
  • Mbakl Host Hosting untuk blog, CMS, shopping cart dan lain-lain. Harga kompetitif

Else Where