Kali ini bila teropong ternampak ikan yang agak berkainan warnanya daripada ikan biasa. Rupa-rupanya dua ekor ikan ini bukan ikan biasa tetapi sejenis robot berbentuk seperti seekor ikan yang dicipta khas oleh para saintis Britain. Robot ikan ini akan digunakan sebagai ‘pilot-test’ untuk mengesan pencermaran air di utara pelabuhan Sepanyol.
Ikan Robot (1) Gambar:reuters.com
Ikan Robot (2) Gambar:reuters.com
Sekiranya pilot-test ini berjaya para saintis merangka untuk mengembangkan ujian pencermaran air di sungai, tasik dan lautan seluruh dunia.
Robot ikan ini berharga US$29,000 sebuah dan dilengkapi dengan penggera yang boleh mengesan tindakbalas kimia yang berbahaya. Maklumat yang diperolehi oleh robot ikan ini akan dihantar ke pusat kawalan menggunakan teknologi Wi-Fi.
Saya mencadangkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar dapat menggerakkan inisiatif yang lebih pro-aktif untuk memantau pencemaran sungai yang semakin tenat di negara kita. Undang-undang pembuangan sisa pepejal dan sampah perlu dikuatkuasakan bagi membenteras pencemaran sungai dengan lebih berkesan.
Wah dalam teropong memang cun muka awek ni. Nampak pakaiannya macam pakaian robocop. Sayangnya dia bukan manusia tapi robot terbaru HRP-4C yang memiliki ciri rupa paras seorang wanita. Robot ini boleh bercakap dan tersenyum.
Senyuman menawan Gambar:aol.com - AP
Wanita robot Gambar:aol.com - AP
Ia dicipta untuk dijadikan sebagai model bagi memperagakan pakaian. Bagaimana pun ia masih belum melepasi tahap keselamatan yang dibenarkan untuk dibenarkan berjalan bersama dengan model manusia.
Jepun memang menunjukkan kesungguhan dalam membangunkan teknologi robot dan Artificial Intelligence (AI). Pada tahun 2008 mereka mengeluarkan robot anjing AIBO dan robot manusia ASIMO.
Kita patut menggalakkan anak-anak kita dan generasi muda untuk mengikuti sikap dan kesungguhan orang Jepun dalam melaksanakan sesuatu impian dan wasawan. Wawasa negara kita untuk mencapai tahap negara maju pada tahun 2020 bagaimana ya?
Bila teropong tadi nampak asap, macam asap rokok tapi tak berapa banyak. Bila tengok betul-betul memang sah rokok, tapi apahal asapnya kurang?
Rupa-rupanya sudah ada pembaharuan dalam teknologi rokok di mana rokok elektronik telah mula dipasarkan secara besar-besaran di negara China.
Rokok elektronik Gambar:nzherald.co.nz - AP
e-Rokok menggunakan kaedah elektronik untuk mengubahkan jirim nikotin di dalam asap rokok supaya menjadi lebih kecil dan mudah diserap oleh paru-paru. Hasilnya asap yang dikeluarkan dari perokok tidak membahayakan mereka yang berada di sekitar atau berdekatan dengan perokok elektronik.
Rokok elektronik dihasilkan Gambar:nzherald.co.nz - AP
Bagaimana pun jurucakap di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa tidak terdapat kajian terperinci mengenai kandungan serta kesan jangka panjang rokok elektronik kepada perokok.
Pada pendapat saya apa pun jenis rokok tetap makruh (ada fatwa mengharamkannya) dan merupakan perbuatan membazir serta sia-sia.