Arkib | Teknologi

Teropong Apa Saje

Tags: , , , ,

Ini kredit kad atau telefon bimbit?


Saya pernah menggunakan telefon bimbit ATUR 450 Ericcson, walaupun berat tapi amat bergaya.  Pada masa itu harga sebuah ATUR mencecah RM12,000 satu set. Tentu sekali ATUR milik syarikat tapi saya tumpang bergaya.

ATUR 450 - Besar dan berat

ATUR 450 - Besar dan berat

Tidak lama selepas itu dalam tahun 2000 saya berpeluang pula menggunakan telefon bimbit yang jauh lebih kecil keluaran Nokia. Syarikat tak beri handset tapi dapat line free sehingga sekarang.

Handset lebih kecil

Handset lebih kecil

Bagaimanapun teknologi telefon bimbit berubah dengan amat pesat terutama dari segi saiznya. Kebanyakan handset asal adalah agak ‘tebal’ tetapi lama-kelamaan menjadi semakin tipis dan slim.

Handset semakin slim dan tipis

Handset semakin slim dan tipis

Dengan teknologi terkini, handset era baru telah pun dicipta dan ia mirip sekeping kad kredit. Oleh kerana saiznya yang hampir sama dengan kad kredit ianya boleh disimpan di dalam dompet.

Handset seiras kad kredit     Gambar:dvice.com

Handset terkini seiras kad kredit Gambar:dvice.com

Di Poskan dalam TeknologiKomen (0)

Teropong Apa Saje

Tags: , , , ,

Kereta wap terpantas


Bila terteropong berita mengenai kereta wap ni pada sangkaan awal ianya mengenai kereta wap seperti pada tahun awal kurun ke dua puluh dulu, tapi sangkaan saya meleset.

Kereta Wap Terpantas   Gambar:timesonline.co.uk

Kereta Wap Terpantas Gambar:timesonline.co.uk

Ini adalah kereta wap yang terkini dan ia boleh bergerak sehingga mencecah kelajuan 128km/jam. Ia menggunakan air yang telah dibersihkan dari mineral sebanyak 50 liter seminit. Air dipanaskan sehingga menjadi wap pada 400 darjah Celcius dan kemudian di inject ke dalam turbine untuk menggerakkan kereta. Mereka telah menggerlarkan kereta ini sebagai ‘World Fastest Kettle’

Eksperimen ini bertujuan untuk memecah rekod kelajuan 127.7 batu/jam yang juga dibuat oleh kereta wap pada tahun 1906 oleh Stanley Rocket.  Eksperimen ini telah dilakukan di runway Kementerian Pertahanan Britain pada 1 April lalu.

Di Poskan dalam TeknologiKomen (0)

Teropong Apa Saje

Tags: , , , , ,

Asimo digerakkan dengan arahan minda


Honda maju setapak lagi dalam kajian untuk menghasilkan robot yang boleh mengikut arahan minda manusia. Robot yang diberi nama Asimo sebelum ini telah berjaya berjalan dan berlari seperti manusia kini berjaya dipertingkatkan untuk menerima arahan (isyarat) terus dari minda manusia.

Dalam demonstrasi yang dibuat di Ibu Pejabat Honda baru-baru ini Asimo bergerak mengikut isyarat yang diterima dari minda manusia yang dipakaikan dengan helmet antaramuka (interface) otak manusia – mesin (brain-machine).

Bagaimanapun CEO Honda Yasuhisa Arai berkata kejayaan ini masih diperingkat awal dan perlukan penyelidikan lanjut sebelum Asimo boleh digunakan sepenuhnya.

Demonstrasi Asimo (1)  Gambar:thesun.co.uk

Demonstrasi Asimo (1) Gambar:thesun.co.uk

Demonstrasi Asimo (2)  Gambar:thesun.co.uk

Demonstrasi Asimo (2) Gambar:thesun.co.uk

Saksikan video dari youtube.com di bawah bagaimana Asimo digerakkan dengan arahan minda.

Di Poskan dalam TeknologiKomen (0)

Teropong Apa Saje

Kereta terbang, menyelam dan terpantas


Pelbagai peralatan berteknologi tinggi yang dinikmati hari ini adalah hasil dari cita-cita dan usaha gigih manusia dalam usaha untuk memperbaiki kualiti kehidupan mereka. Kapal terbang, komputer, internet dan sistem telekomunikasi satelit adalah di antara teknologi yang mana tidak terfikir oleh manusia 100 tahun dahulu, tetapi pada hari ini kanak-kanak pun sudah pandai menggunakan handphone dan komputer.

Bagaimanapun sebahagian rekaan berteknologi tinggi hanya dapat dinikmati oleh mereka yang mempunyai sumber kewangan yang besar seperti menjadi ‘angkasawan pelancong’ dan menaikki jet pejuang F1.

Dalam pada itu ada juga rekaan yang hanya dibuat untuk mencabar kemampuan manusia seperti dalam 3 video klip di bawah,

1) Kereta Terbang

2) Kereta menyelam

3) Kereta terpantas (763 bsj)

Di Poskan dalam TeknologiKomen (0)

Teropong Apa Saje

Tags: , , ,

Kereta Nano


Nampak cantik dan comel kereta Nano keluaran Tata Motors dari benua India.  Kereta Nano yang berharga sekitar US$2,000 atau RM7,300 sebuah (tanpa aksessori) akan berada di jalanraya India mulai Julai 2009.

Kereta Nano keluaran Tata Motors   Gambar:reuters.com

Kereta Nano keluaran Tata Motors Gambar:reuters.com

Kalau kerajaan Malaysia membenarkan kereta ini memasuki pasaran Malaysia adakah harga kereta ini akan lebih mahal berbanding kereta Viva keluaran Perodua atau lebih murah? Jika termasuk aksessori mungkin harga kereta ini akan mencecah RM9,000 se unit dan jika duti eksais dan impot 200% dikenakan harganya masih berada di bawah RM20,000 se unit. Masih lebih murah dari kereta Perodua yang termurah.

Anda bagaimana, berminat tak untuk beli satu atau dua unit untuk dihadiahkan kepada anak-anak yang sedang menuntut di kolej?

Sumber: Reuters.com

Di Poskan dalam TeknologiKomen (0)

Advertise Here

Pautan

  • Belajar Mandarin Belajar Bahasa Mandari dalam satu hari sahaja
  • Mbakl Host Hosting untuk blog, CMS, shopping cart dan lain-lain. Harga kompetitif

Else Where