Arkib | Teknologi

Teropong Apa Saje

Tags: , ,

Innovasi kreatif


Teknologi jika digabungkan dengan pemikiran di luar kotak (out of the box) dan sedikit kreativiti akan menghasil innovasi yang dapat memberi manfaat besar kepada manusia.

Idea untuk mencipta bas yang besar serta bergerak atas landasan(stilts) yang dikemukakan oleh ahli teknologi dari China ini merupakan innovasi terbaru untuk mengurangkan kesesakan trafik di jalanraya.



Elok juga kalau bas ini beroperasi di Kuala Lumpur jadi kurang la sikit kesesakan dan rasanya ramai penumpang yang menaikki bas ini akan dapat sampai ke destinasi tepat pada waktu.

Di Poskan dalam TeknologiKomen (0)

Teropong Apa Saje

Tags: , , , , , , , , ,

Berhati-hati dengan internet Wi-Fi


Teknologi Wi-Fi (Wifi) memang banyak membantu pelayar internet untuk melayari internet dari mana-mana tempat yang terdapat servis ini. Hanya bawa komputer notebook atau handphone, kemudian dapatkan kata kekunci wifi di tempat berkenaan dan anda boleh melayari internet sepuas-puasnya.

Ramai juga yang menggunakan wifi untuk menghantar maklumat kembali ke pejabat dan tidak kurang juga yang membuat transaksi bank online. Dengan kemudahan internet samada ‘wired’ atau ‘wireless’ urusan transaksi bank menjadi lebih mudah dan pantas.

Semakin ramai pengguna internet menggunakan internet banking online, nak settle segala jenis hutang boleh buat online, nak hantar duit kepada ibubapa di kampung boleh buat online, nak bayar pelbagai jenis bil pun boleh, hatta nak bayar saman Polis pun boleh online… WOW! memang best sebab semua boleh dibuat online.

Tapi ramai yang tidak sedar bahawa transaksi secara online boleh di ‘hack’ oleh penggodam (hackers) dengan mudah terutamanya jika transaksi dibuat melalui wifi.

Pada akhir Oktober lepas saya berpeluang mengikuti kursus Network Security di Knowledge.com Petaling Jaya. Salah satu modulnya ialah wireless (wifi) hacking.

OMG! Instructor kursus telah menunjukkan dengan mudah bagaimana dia dapat ‘hack’ id dan password pengguna inernet wifi yang terdapat di sekitar bangunan tersebut. Bukan sahaja id dan password untuk masuk ke wifi dapat dikenalpasti tapi laman mana dan transaksi apa yang dibuat oleh yang pengguna wifi dapat dikesan dengan mudah.

Instructor juga berkongsi pengalaman bagaimana dia dapat mengesan kesemua details transaksi bank dari beberapa pelanggan hotel di KL Sentral semasa beliau run hacking software pada komputer notebook.

Antara hacking tools yang lengkap ialah BackTrack 4,

Back Track 4

Best Hacking Software




Menu dalam Back Track 4

Hacking - hanya pilih dari menu





Hacking wifi terlalu mudah kerana kesemua tools dan caranya ditunjukkan dengan jelas pada banyak laman web dan termasuk juga dalam youtube.com Tidak kisah samada anda menggunakan WEP atau WPA encryption – setakat ini tiada encryption wireless yang selamat dari hackers.



Ini maklumat dari wikipedia:
WEP was intended to provide comparable confidentiality to a traditional wired network (in particular it does not protect users of the network from each other), hence the name. Several serious weaknesses were identified by cryptanalysts any WEP key can be cracked with readily available software in two minutes or less and WEP was superseded by Wi-Fi Protected Access (WPA) in 2003, and then by the full IEEE 802.11i standard (also known as WPA2) in 2004. Despite the weaknesses, WEP provides a level of security that can deter casual snooping.



Begitu juga jika anda menggunakan komputer di pejabat atau di cybercafe, walaupun wired ke internet tetapi “https” atau secure shell itu hanya dari router pejabat atau cybercafe ke router bank sahaja tetapi dalam LAN pejabat atau cybercafe masih tak secure.

Ini bermakna rakan pejabat anda atau pengguna cybercafe lain boleh hack komputer yang anda gunakan dengan menggunakan software hacking. Jadi berhati-hati bila anda ingin membuat transaksi bank online semasa di pejabat atau cybercafe lebih-lebih lagi jika anda menggunakan wi-fi.

Di Poskan dalam TeknologiKomen (0)

Teropong Apa Saje

Baju robot


Mereka yang menghadapi masalah untuk bergerak akibat penyakit lemah otot kini mempunyai harapan baru dengan bantuan “baju robot” yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Para penyelidik dari Jepun telah mencipta “baju robot” yang dapat membantu dan memberi kekuatan kepada pesakit untuk bergerak secara lebih efektif.

Baju robot membantu pergerakan pemakai  Gambar:geekologie.com

Baju robot membantu pergerakan pemakai Gambar:geekologie.com

Lihat pula video dari youtube.com

Di Poskan dalam TeknologiKomen (0)

Teropong Apa Saje

Tags: , , , ,

Ini kredit kad atau telefon bimbit?


Saya pernah menggunakan telefon bimbit ATUR 450 Ericcson, walaupun berat tapi amat bergaya.  Pada masa itu harga sebuah ATUR mencecah RM12,000 satu set. Tentu sekali ATUR milik syarikat tapi saya tumpang bergaya.

ATUR 450 - Besar dan berat

ATUR 450 - Besar dan berat

Tidak lama selepas itu dalam tahun 2000 saya berpeluang pula menggunakan telefon bimbit yang jauh lebih kecil keluaran Nokia. Syarikat tak beri handset tapi dapat line free sehingga sekarang.

Handset lebih kecil

Handset lebih kecil

Bagaimanapun teknologi telefon bimbit berubah dengan amat pesat terutama dari segi saiznya. Kebanyakan handset asal adalah agak ‘tebal’ tetapi lama-kelamaan menjadi semakin tipis dan slim.

Handset semakin slim dan tipis

Handset semakin slim dan tipis

Dengan teknologi terkini, handset era baru telah pun dicipta dan ia mirip sekeping kad kredit. Oleh kerana saiznya yang hampir sama dengan kad kredit ianya boleh disimpan di dalam dompet.

Handset seiras kad kredit     Gambar:dvice.com

Handset terkini seiras kad kredit Gambar:dvice.com

Di Poskan dalam TeknologiKomen (0)

Teropong Apa Saje

Tags: , , , ,

Kereta wap terpantas


Bila terteropong berita mengenai kereta wap ni pada sangkaan awal ianya mengenai kereta wap seperti pada tahun awal kurun ke dua puluh dulu, tapi sangkaan saya meleset.

Kereta Wap Terpantas   Gambar:timesonline.co.uk

Kereta Wap Terpantas Gambar:timesonline.co.uk

Ini adalah kereta wap yang terkini dan ia boleh bergerak sehingga mencecah kelajuan 128km/jam. Ia menggunakan air yang telah dibersihkan dari mineral sebanyak 50 liter seminit. Air dipanaskan sehingga menjadi wap pada 400 darjah Celcius dan kemudian di inject ke dalam turbine untuk menggerakkan kereta. Mereka telah menggerlarkan kereta ini sebagai ‘World Fastest Kettle’

Eksperimen ini bertujuan untuk memecah rekod kelajuan 127.7 batu/jam yang juga dibuat oleh kereta wap pada tahun 1906 oleh Stanley Rocket.  Eksperimen ini telah dilakukan di runway Kementerian Pertahanan Britain pada 1 April lalu.

Di Poskan dalam TeknologiKomen (0)

Advertise Here

Pautan

  • Belajar Mandarin Belajar Bahasa Mandari dalam satu hari sahaja
  • Mbakl Host Hosting untuk blog, CMS, shopping cart dan lain-lain. Harga kompetitif

Else Where