Arkib | Kreativiti

Teropong Apa Saje

Tags: , , ,

Chinese Military Shovel


Test Pen

Test-pen merupakan rakan karib juruteknik

Saya pasti sekurang-kurangnya terdapat sebatang test-pen dalam kebanyakan rumah kerana test-pen merupakan alat yang penting dan sangat diperlukan dalam pemasangan dan baikpulih peralatan elektrik bahkan lebih kerap digunakan sebagai pemutar skru.

Bagi seorang juruteknik elektrik pula test-pen merupakan alat utama yang tidak dapat dipisahkan dari mereka ketika bertugas dan mesti dibawa pada setiap masa.

Bagaiman pun bila ‘Swiss Army Knife’ dikeluarkan, test-pen menjadi kurang popular kerana Swiss Army Knife menawarkan lebih banyak kegunaan. Ada pemutar skru, pembuka botol, gunting, pisau, gergaji, plier dan lain-lain.

Swiss Army Knife

'Swiss Army Knife' merupakan alat pelbagai guna

Harga sebatang ‘Swiss Army Knife’ ini amat mahal berbanding test-pen. Harganya bergantung kepada jumlah ‘mata pisau’ atau fungsi yang ditawarkan. Lebih banyak ‘mata pisau’ maka lebih tinggi harganya.

Kini terdapat ciptaan baru alat yang boleh mengatasi keupayaan ‘Swiss Army Knife’ iaitu ‘Chinese Military Shovel’ (CMS) atau penyodok.

Chinese Military Shovel

Chinese Military Shovel - alat serbaguna terkini

Penyodok ini menawarkan lebih banyak fungsi berbanding Swiss Army Knife. Ia juga boleh digunakan untuk kerja-kerja yang lebih besar dan lasak.

Untuk mengetahui kelebihan Chinese Military Shovel sila tonton video dari youtube.com di bawah. Perhatikan bagaimana uniknya penyodok ini digunakan untuk pelbagai perkara.   




Bagus juga kalau dapat beli sebatang penyodok pelbagai guna ni kerana ia boleh juga digunakan sebagai senjata dalam keadaan terdesak.

Di Poskan dalam KreativitiKomen (0)

Teropong Apa Saje

Tags: , , , , ,

Sekejap ada, sekejap tak ada


Hairan, tadi bila teropong nampak tandas kat sini tapi bila sampai sini tandas tadi hilang pulak.

Dengan kemajuan teknologi dan sedikit kreativiti banyak perkara dan masalah dapat di atasi. Masalah utama yang dihadapi oleh manusia yang tinggal di bandar ialah ruang dan kawasan lapang.

Dalam keadaan terdesak maka sedikit idea yang kreatif dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut.  Ruang yang kecil diubahsuai untuk pelbagai kegunaan.

Bukan sahaja tandas boleh di “hilangkan” tetapi kereta juga boleh di “ghaibkan”.

Tandas yang boleh disimpan kepas digunakan  Gambar:likecool.com

Tandas yang boleh disimpan kepas digunakan Gambar:likecool.com

Mungkin tidak ramai yang mengetahui anda memiliki kereta mewah jika anda mampu membuat garaj dan menyimpan kereta anda di bawah tanah.

Garaj bawah tanah     Gambar:weinterrupt.com

Garaj bawah tanah Gambar:weinterrupt.com

Di Poskan dalam KreativitiKomen (0)

Teropong Apa Saje

Rumah yang boleh berpindah tempat


Dalam kegawatan ekonomi hari ini memang baik sekali jika anda boleh memiliki rumah yang boleh bergerak dan berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Tak perlu bayar cukai tanah.  Air diperolehi dari tadahan air hujan dan sumber tenaga pula diperolehi dari sel solar di atas bumbung rumah. Jadi tidak perlu bayar bil air dan letrik.

Rumah bergerak   Gambar:geekalerts.com

Rumah bergerak Gambar:geekalerts.com

Spesifikasi asas rumah bergerak:

  • Ketinggian: 3.5m
  • Lebar: 3.5m
  • Panjang: 3.72m
  • Berat: 1200 kg
  • Kelajuan pergerakan: 60m/saat

Untuk lihat bagaimana ia bergerak saksikan video klip youtube ini.

Di Poskan dalam KreativitiKomen (0)

Teropong Apa Saje

Tags: , ,

USB Drive pada jari


Satu idea yang penuh kreativiti. Jerry Jalava dari Helsinki telah menggantikan jari yang putus dalam kemalangan dengan jari palsu prosthetic yang mengandungi USB Drive dengan kapasiti storan 2G.

Jari USB Drive    Gambar:telegraph.co.uk

Jari USB Drive Gambar:telegraph.co.uk

Menurut Jerry jari palsunya boleh ditanggalkan semasa USB Drive hendak digunakan.

Kita telah melihat pelbagai bentuk USB drive yang terdapat di pasaran. Bagaimanapun idea Jerry ini memang bernas bukan sahaja USB drive itu telah menjadi sebahagian dari anggota badannya, tetapi kemungkinan tertinggal USB drive mungkin dapat dielakkan.

Sumber: telegraph.co.uk

Di Poskan dalam KreativitiKomen (0)

Teropong Apa Saje

Tags: , , , ,

Menyelesaikan masalah dengan kreativiti


Kreativiti manusia tidak terbatas dan tidak terhad kepada kretiviti seni (art) sahaja. Kreativiti amat diperlukan terutamanya bila sesuatu masalah yang dihadapi perlu diselesaikan dengan menggunakan sumber (resoure) yang ada di sekeliling dan tanpa melibatkan kos tambahan.

Gambar-gambar berikut menunjukan kreativiti manusia yang spontan untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

1. Wanita ini tidak memerlukan kereta sorong untuk membawa anaknya. Dia hanya mengikat kerusi kereta anaknya kepada bag beroda.

Kreativiti 1  Gambar: ritefun.blogspot.com

Kreativiti 1 Gambar: ritefun.blogspot.com

 

2.  Biasanya yang buat kerja macam ni orang bengkel repair kereta. Ni cara paling mudah bila nak cepat dan tanpa keluar modal.

Redah aje   Gambar:ritefun.blogspot.com

Redah aje Gambar:ritefun.blogspot.com

 

3.  Bila tiada kenderaan lain, kereta mainan pun boleh digunakan sebagai pengangkutan.

Kereta mainan jadi penunda   Gambar:ritefun.blogspot.com

Kereta mainan jadi penunda Gambar:ritefun.blogspot.com

 

4.  Yang ni pula bukan sahaja kreativiti tapi juga untuk fesyen.

Telinga hebat   Gambar:ritefun.blogspot.com

Telinga hebat Gambar:ritefun.blogspot.com

 

Kreativiti boleh dipupuk dari zaman kanak-kanak. Jangan bunuh kreativiti anak-anak anda dengan mengenakan pelbagai sekatan yang tidak munsabah ketika mereka bermain.

Di Poskan dalam KreativitiKomen (0)

Advertise Here

Pautan

  • Belajar Mandarin Belajar Bahasa Mandari dalam satu hari sahaja
  • Mbakl Host Hosting untuk blog, CMS, shopping cart dan lain-lain. Harga kompetitif

Else Where