Arkib | Isu semasa

Teropong Apa Saje

Tags: , , , , ,

Bagaimana dengan keselamatan diri dan keluarga anda?


Kejadian jenayah ragut, pukul, pecah rumah dan culik nampaknya tidak berkurangan walaupun pihak PDRM telah mula mengarahkan 6,000 anggota yang sebelum ini membuat kerja-kerja pentadbiran untuk turun membuat rondaan.

Penjenayah juga semakin berani dan ‘brutal’.  Seminggu yang lalu kita dikejutkan dengan kejadian di mana seorang warga Indonesia ditikam mati hanya kerana gagal mendapatkan wang RM10 sebagai upah menunjukkan arah di Stesen LRT Sultan Ismail berdekatan Wisma Sime Darby Kuala Lumpur.

Hari ini kita dikejutkan lagi dengan aksi ‘brutal‘ penjenayah yang sanggup mengejar dan memanjat pagar untuk meragut rantai emas dari seorang wanita dalam kawasan pagar rumah jiran wanita berkenaan.

Mana tak brtutal, dah la panjat pagar untuk meragut siap bawak parang lagi, mujur wanita berkenaan tak ditetak dan yang paling menakutan ialah jenayah ini dilakukan pada waktu siang hari.

Penjenayah brutal

Penjenayah brutal (sumber:nst.com.my)

Kalau kita imbas kembali berita jenayah pecah rumah, samun dan ragut sejak awal tahun ini kita akan dapati bahawa jenayah ini berlaku hampir setiap hari.  Penjenayah juga semakin brutal dan kita tidak nampak tanda-tanda yang jenayah ini akan berkurangan.

Nampaknya kita perlu sentiasa berwaspada dan mengambil inisiatif sendiri agar risiko ini dapat dielakkan atau setidak-tidaknya kebarangkaliannya untuk menimpa diri dan keluarga kita dapat diminimakan.

Kadang-kadang kecuaian kita (orang putih kata ‘take for granted’) atau ahli keluarga sendiri yang mengundang jenayah, contohnya tidak mengunci pintu rumah dan pintu pagar bila keluar rumah dengan alasan kita perlu keluar sebentar sahaja.

Selain daripada itu kita sebagai orang Islam digalakkan untuk memohon dan berdoa kepada Allah supaya dijauhkan dari sebarang musibah, moga-moga diperkenankanNya. Antara doa yang boleh kita amalkan ialah Doa Abu Darda,

Doa Abu Darda

Doa Abu Darda (sumber:nuursyifa.blogspot.com)

Talha r.a. meriwayatkan: “Seorang telah datang kepada Abu Darda r.a. dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar. Abu Darda r.a. menjawab: “Tidak, rumah saya tidak terbakar.” Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Kemudian, ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda r.a. memberi jawapan yang sama.

Pada kali yang keempat seorang datang dan memberitahu Abu Darda r.a. “Wahai Abu Darda r.a.! Api telah naik tinggi tetapi apabila sampai kepada rumah tuan, api telah padam.”

Abu Darda r.a. menjawab: “Saya yakin bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam telah mengajar saya satu doa yang mana jika dibaca selepas subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga petang. (Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh). Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar.”

Kita hanya berusaha dan berdoa, hak memperkenankan adalah hak Allah swt. Moga Allah pelihara diri dan ahli keluarga kita dari jenayah sebegini.

Di Poskan dalam Isu semasaKomen (0)

Teropong Apa Saje

Tags: , ,

Binatang jadi ketua keluarga?


Mutakhir ini kita kerap terbaca berita mengenai lelaki yang digelar sebagai ayah atau ketua dalam keluarga tiba-tiba bertukar menjadi ‘binatang’ bahkan membawa sial dan malang kepada ahli keluarga.

Kalau binatang kita boleh sembelih dan jadikan lauk, dan kalau dari jenis binatang yang tak boleh dimakan seperti harimau dan singa kita boleh gunakan kulitnya untuk buat barangan kulit, tapi kalau manusia berhati ‘binatang’ lebih baik kita tembak dan jadikan jasad mereka untuk makanan binatang – apa macam, setuju?

Sebagai manusia yang waras akal dan fikiran dan lebih-lebih lagi sebagai ketua keluarga mana mungkin tergamak untuk merogol anak gadis sendiri. Tak cukup seorang, dua orang anak gadisnya dirogol berterusan selama enam tahun.

Dua kes seperti dilapurkan oleh Harian Metro di bawah ini cukup membuatkan kita tercari-cari punca yang menyebabkan gejala ayah merogol anak sendiri semakin menjadi-jadi dewasa ini.

Kes Pertama

26-Mac-2010 -sumber-www.hmetro.com.my
Bapa disyaki rogol 2 anak
SERI MANJUNG: Seorang kakitangan kerajaan berusia 40-an ditahan kerana disyaki merogol dua anak gadisnya di rumah mereka di sebuah taman perumahan dekat sini, 17 Mac lalu.

Lelaki berkenaan ditahan pada hari sama selepas bapa saudara mangsa membuat laporan mengenai tindakan tidak bertanggungjawab lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman, berkata kedua-dua remaja itu masing-masing berusia 14 dan 17 tahun dipercayai menjadi mangsa pemuas nafsu bapa kandung sendiri di rumah mereka di Seri Manjung.

“Kerana tidak tahan diperlakukan ayah kandung sendiri, kedua-dua remaja itu berjaya melarikan diri ke rumah ibu saudara dan menceritakan kelakukan jijik bapa mereka sebelum bapa saudara mereka mengambil keputusan membuat laporan polis.

“Siasatan awal mendapati remaja berusia 17 tahun dirogol bapanya sejak usianya enam tahun manakala adiknya yang berusia 14 tahun pula menjadi pemuas nafsu bapanya sejak empat tahun lalu ketika berusia 10 tahun,” katanya pada sidang media selepas Sambutan Hari Polis Ke-203 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di sini, semalam.

Kes Kedua
28-Mac-2010 – sumber-www.hmetro.com.my
Mahu cepat sembuh
GUA MUSANG: “Saya hanya berdoa supaya cepat sembuh untuk memulakan kehidupan baru dan meneruskan hasrat belajar di sekolah agama,” kata remaja berusia 16 tahun yang mengalami kecacatan teruk di muka dan badannya akibat disimbah cuka getah oleh bapa tirinya pada Ogos tahun lalu.

Menurut remaja itu, dia ingin mendalami ilmu agama agar mendapat ketenangan kerana dirinya masih dihantui kejadian ngeri itu.
Katanya, dia cuba bersabar menghadapi penderitaan itu dengan semangat yang diberi oleh nenek dan ibunya.

“Kejadian itu amat pedih apatah lagi memberi penderitaan seumur hidup. Saya berharap boleh pulih seperti biasa. Saya baru saja selesai pembedahan mata kanan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu, bulan lalu.

“Mata sebelah kiri masih boleh melihat tetapi samar dan perlu bantuan ahli keluarga sekiranya ingin berjalan di luar rumah,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di sini.

Dalam kejadian Ogos tahun lalu, remaja itu menjadi mangsa rakus bapa tirinya sendiri apabila dibawa membonceng motosikal sebelum dirogol serta disimbah cuka getah di sebuah kebun dekat Rancangan Tanah Felda Aring Enam.

Jadi bagaimana? Anda setuju supaya ‘binatang’ yang bertopengkan manusia ini di tembak dan diberi makan kepada binatang?

Di Poskan dalam Isu semasaKomen (0)

Advertise Here

Pautan

  • Belajar Mandarin Belajar Bahasa Mandari dalam satu hari sahaja
  • Mbakl Host Hosting untuk blog, CMS, shopping cart dan lain-lain. Harga kompetitif

Else Where