Teropong Apa Saje

Tags: , , , , , , ,

Air naik, terpaksa tolak motorsikal


Petang tadi hujan lebat dan terpaksa berhenti dalam perjalanan untuk memakai raincoat selepas Tol Duta. Hujan semakin lebat ketika saya sampai di kawasan R&R Jejantas Sg Buluh dan terpaksa memperlahankan kelajuan motor.

Setelah melepasi susur keluar ke Sg Buluh jumlah kenderaan menuju ke arah utara berkurangan jadi saya pun menambah kelajuan motor sehingga 100km/j.

Bagaimanapun bila sampai di selekoh berdekatan stesen keretapi Kuang lebuhraya menjadi sesak. Keadaan ini berterusan sehingga ke Tol Rawang. Saya menjangka selepas tol pasti kesesakan tidak berlaku tapi sangkaan saya meleset.

Selepas Tol Rawang, barisan kenderaan langsung tidak bergerak dan penunggang motorsikal terpaksa mencilok sana dan sini untuk bergerak. Bilamana saya sampai di depan pam minyak Petronas saya dapati ramai penunggang motorsikal berhenti dan seperti menunggu sesuatu.

La…. rupanya air melimpah ke jalan menyebabkan motorsikal dan kereta tidak boleh meneruskan perjalanan.

Setelah berhenti menunggu selama 20 minit keadaan air yang melimpah ke jalan masih belum surut jadi saya terpaksa menolak motor, tak berani nak redah takut motor mati dan langsung tak boleh dihidupkan.

Bila sampai di jambatan depan pam minyak Caltex jalanraya agak tinggi dan tidak dinaikki air saya pun menghidupkan injin motor dan meneruskan perjalanan tapi terpaksa mengikut jalan di kawasan perumahan Emerald kerana jalanĀ  di depan kedai perabut juga dinaikki air.

Saya sampai di rumah dalam jam 7.10 ptg, hanya lewat dalam 40 minit dari biasa. Dalam pada itu saya tertanya dalam hati pukul berapa agaknya mereka yang menaikki kereta akan sampai di rumah masing-masing. Kalau mereka perlu mengambil anak di sekolah… ahh… kesian kat anak-anak yang terpaksa menunggu sehingga ke malam.

Naik motor ni yang tak bestnya kalau hujan dan bila tayar bocor je, tapi kalau jalan jam takda hal, business as usual.

Di Poskan dalam DiariKomen (0)

Teropong Apa Saje

Tags: , , , , ,

Majlis Permaufakatan Ilmu SKBTP


Kelmarin 6 Februari saya telah menghadiri Majlis Permaufakatan Ilmu anjuran Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, satu program pertemuan di antara ibubapa, guru-guru dan Pengerusi PIBG dengan matlamat untuk meningkatkan prestasi pencapaian UPSR 2010.

Majlis Permaufaktan Ilmu - SKBTP, 6 Februari 2010

Majlis Permaufaktan Ilmu - SKBTP, 6 Februari 2010

Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah intipati dari ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh En Ghazali Hamzah dari Pejabat Pendidikan Selangor. Dalam ceramah tersebut banyak perkara yang boleh diambil sebagai peringatan dan amalan dalam membina kehidupan yang lebih ceria dan bahagia terutama kepada kita yang beragama Islam.

En Ghazali sedang menyampaikan ceramah motivasi

En Ghazali sedang menyampaikan ceramah motivasi

Belum memulakan ceramah dengan membuat pembetulan bahawa beliau bukan seorang Pengarah di Jabatan Pendidikan Selangor tetapi hanya sebagai Ketua Unit Perhubungan Awam dan Pendaftaran PIBG. Gaya penyampaian beliau mirip seorang Ustaz, banyak ayat-ayat Quran yang dipetik dan kemudian dijelaskan maksudnya secara mendalam dan kaitan dengan kehidupan untuk iktibar dan panduan para ibubapa.

Di bawah ialah antara intipati dan ayat-ayat Al-Quran yang sempat saya catit. Semoga kita semua mendapat manfaat dan iktibar dari catatan ini.

Pertama – Jalan keluar dari kerisauan terhadap masa depan anak-anak

Perkara ini memang ada dijelaskan dalam Al-Quran di mana kita sebagai ibubapa memang tetap risau mengenai masa depan anak-anak kita bukan sahaja dari segi untuk berjaya dalam pelajaran bahkan mengenai semua aspek kehidupan mereka termasuk ahlak dan akidah mereka. Ayat yang dipetik ialah dari Surah AnNisa ayat 9 dan Surah Yunus ayat 57,

An-Nisa Ayat 9

An-Nisa Ayat 9

Tegas En Ghazali, dalam ayat ini Allah telah menyatakan mengenai kebimbangan manusia terhadap masa depan anak-anak yang akan ditinggalkan (selepas mati), dan Allah juga telah memberikan jalan keluar iaitu dengan bertakwa dan bercakap benar.

Ayat 57 Surah Yunus

Ayat 57 Surah Yunus

Kata En Ghazali lagi bertakwa, bercakap benar dan mengambil pengajaran (mengamalkan perintah Allah) dari Al-Quran adalah perkara asas yang dapat melepaskan kita dari perasaan risau, khuatir dan segalam macam penyakit jiwa (hati) sepertimana janji Allah dalam kedua-dua ayat ini.

Ayat 57 dari Surah Yunus juga adalah merupakan salah satu dari enam ayat Syifa yang terdapat di dalam Al-Quran.

Kedua – Kaitan makanan dan ilmu

Dalam bab makanan ni rasanya kita sebagai ibubapa sudah maklum mengenai makanan ‘junk foods’ yang menyumbang kepada kekuarangan daya fikir di kalangan anak-anak. En Ghazali telah memetik dari Surah Al-Baqarah ayat 168 & 169 di mana Allah telah memerintahkan kita supaya mengambil makanan yang baik-baik (halal dan berkhasiat).

Ayat 168-169 Surah Al-Baqarah

Ayat 168-169 Surah Al-Baqarah

En Ghazali telah mengaitkan mengenai takwa dan pemilihan makanan yang baik-baik sebagai salah satu cara untuk kita mudah memahami ilmu yang dipelajari dan juga punca untuk mendapatkan ilmu secara ilham atau ilmu hikmah terus dari Allah. Untuk ilmu hikmah ini beliau telah memetik ayat 269 juga dari Surah Al-Baqarah.

Ayat 269 Al-Baqarah

Ayat 269 Al-Baqarah

Di mana mereka yang mendapat anugerah ilmu hikmah adalah di kalangan mereka yang bertakwa dan mengambil pengajaran dari ayat-ayat Allah.

Ketiga – Melembutkan hati anak-anak yang keras

Sebagai ibubapa kita kadang-kadang merasa hilang punca untuk menghadapi karenah anak-anak yang degil, itu pun baru degil sikit. Bagaimana pula nak mengatasi karenah anak-anak yang bukan sahaja degil bahkan ‘melawan’ pula dengan ibubapa. Dalam hal ini En Ghazali telah memberikan kaedah bagaimana ayat-ayat tertentu di dalam Al-Quran boleh digunakan sebagai pelembut hati anak-anak. Dia mengesahkan bahawa keberkesanan menggunakan ayat-ayat ini telah terbukti dari kes-kes yang beliau sendiri menjadi konsilernya.

Cara pertama ialah dengan membaca Ya-Latiff dalam 40 kali atau 100 kali (atau lebih) dan kemudian diikuti dengan membaca ayat 19 Surah Asy-Syura dengan niat agar Allah melembutkan hati anak kita (boleh sebut nama sekali).

Ayat 19 Surah Asy Syura

Ayat 19 Surah Asy Syura

Kemudian dihembuskan (isyarat sahaja) ke dalam balang (botol) air. Air diberi minum kepada anak untuk 7 atau 14 atau 21 atau 40 atau 100 hari.

Cara kedua (bagi anak yang melawan ibubapa) sama dengan cara pertama tapi baca ayat 1-5 Surah Thoha. Guna kaedah sama seperti cara pertama iaitu beri minum dari 7 atau sehinga 100 hari.

Ayat 1-5 Surah Thoha

Ayat 1-5 Surah Thoha

Keempat – Ayat 1-2 Surah Al-Qalam untuk merawat kanser payudara

Saya pun tidak tahu macam mana beliau boleh ‘terlajak’ untuk berkongsi ilmu yang satu ini. Rasanya ini semua rahmat Allah jua. Kita tahu bahawa ramai wanita menderita penyakit ini dan ramai yang maut dalam kesakitan yang amat derita. Seorang rakan saya yang sama-sama mengambil Diploma di UTM dua puluh tahun lalu baru sahaja meninggal akibat kanser payudara yang tidak dapat disembuhkan setelah menderita lebih tiga tahun.

Kaedah yang diterangkan oleh En Ghazali amat mudah, baca ayat berkenaan dan niat transferkan bacaan tersebut dengan isyarat jari dengan memusingkanĀ  tangan (pembaca) di sekeliling payudara isteri dengan arah lawan jam. Baca dalam bilangan ganjil dan mohon Allah sembuhkan penyakit berkenaan.

Ayat 1-2 Surah Al-Qalam utk merawat kanser payudara

Ayat 1-2 Surah Al-Qalam utk merawat kanser payudara

Kalau boleh ambil telur ayam (biasanya ayam kampung) dan alin telur tersebut mengikut pusingan lawan jam sambil membaca ayat 1-2 Surah Al-Qalam ini, kemudian pecahkan telur tersebut, buang putih telur dan ambil kuning telur. Kuning telurtadi kemudian perlu dibuat seperti ‘mask’ pada payudara untuk semalaman.

Ulang kaedah sehingga sembuh, tempuh masa cepat atau lambat itu terpulang kepada kurnia dan izin Allah. Mengikut En Ghazali kaedah ini telah terbukti berjaya dan doktor yang merawat wanita berkenaan terperanjat bagaimana penyakit kanser tersebut boleh pulih seperti sediakala. Tiada yang mustahil bila usaha kita Allah perkenankan.

Kelima – Doa mohon perlindungan dari lapan perkara

Rasanya ramai yang sudah beramal dengan doa ini yang diajarkan oleh Nabi saw. Mengikut En Ghazali ramai dari mereka yang dikonseling oleh beliau (lelaki & wanita) yang mengamalkan ayat ini telah mendapat jalan keluar dari permasalahan yang dihadapi terutamanya mereka yang mempunyai hutang kad kredit yang banyak.

Doa lapan perkara

Doa lapan perkara

Jadikanlah doa ini sebahagian dari doa harian kita, moga-moga Allah sentiasa melepaskan kita dari lapan perkara ini,

  1. Dukacita – gelisah
  2. Rasa sedih
  3. Perasaan lemas
  4. Perasaan malas (tidak bermaya)
  5. Sifat pengecut
  6. Sifat bakhil
  7. Bebanan hutang
  8. Kekerasan orang yang menindas

Alhamdulillah, moga-moga catatan ini dapat memberikan sedikit sebanyak panduan dan iktibar kepada anda. Kalau ada masalah rasanya lebih baik berjumpa dan bertanya kepada mereka yang arif.

Kredit ayat Quran & terjemahan: my.quran.nu

Di Poskan dalam sekolahKomen (0)

Teropong Apa Saje

Tags: , ,

Hari Keluarga TM Ibupejabat


Sudah hampir sepuluh tahun kami tidak menyertai aktiviti Hari Keluarga. Kali terakhir kami menyertai Hari Keluarga pada tahun 2002 di Water Park Shah Alam. Pada masa tu sambutan Hari Keluarga diuruskan oleh bahagian masing-masing.

Bagaimanapun bermula dari tahun 2005 Hari Keluarga mula dianjurkan oleh Bahagian HR untuk seluruh anggota Ibupejabat (IP) dan tidak lagi oleh bahagian masing-masing.

Walaupun aktiviti ini diadakan pada setiap tahun kami tidak dapat turut serta sehinggalah sambutan pada tahun ini.

Memang ketara perbezaan sambutan di antara anjuran bahagian masing-masing dengan anjuran Bahagian HR terutamanya dari segi jumlah penyertaan anggota. Kalau di bahagian dahulu hanya dalam seratus lebih sahaja anggota yang mengambil bahagian berbanding dengan lebih dua ribu anggota yang menyertai Hari Keluarga anjuran Bahagian HR.

Kedua-dua anjuran ada pro and cons, tapi yang penting setiap anggota dan ahli keluarga masing-masing dapat merasakan keseronokan bila menyertai aktiviti sambutan Hari Keluarga. Lebih-lebih lagi bila sambutan diadakan di water park, anak-anak memang seronok sakan dapat main air.

Sambutan Hari Keluarga TM kali ini diadakan di Desa Water Park dan dirasmikan oleh pengerusi TM, Dato Dr Halim Shafie. Turut serta ialah CEO TM Dato Zam dan beberapa orang pegawai kanan TM.

Memang meriah sambutan kali ini dengan pelbagai aktiviti keluarga yang menarik. Syabas kepada semua ahli jawatankuasa sambutan.

Gambar yang sempat di ‘snap’ tadi.

Di Poskan dalam Diari, KeluargaKomen (0)

Teropong Apa Saje

Tags: , , ,

Pertandingan bowling CEC


Pertandingan bowling di antara ahli CEC telah diadakan pada hari Sabtu 9 Januari 2010 di Pandan Lake Club.

Aku tidak menyertai pertandingan ini kerana semasa tarikh tutup penyertaan aku masih tidak dapat membuat keputusan. Maklum pada akhir tahun lepas masih banyak kerja-kerja yang overdue kat pejabat perlu disiapkan.

Alhamdulillah kerja-kerja di pejabat telah dapat disiapkan pada hari Jumaat 10 Januari lepas, jadi pada hari Sabtu aku tidak melepaskan peluang untuk ke Pandan Lake Club dan meninjau aktiviti CEC ini.

Aku sampai dalam pukul 12.00 tengahari dan pertandingan baru sahaja tamat jadi hanya dapat mengikuti majlis penyampaian hadiah. Tapi minta maaf lah sebab tak mengambil gambar semasa penyampaian hadiah .

Selesai sahaja majlis penyampaian hadiah semua ahli CEC dan ahli keluarga masing-masing bergambar beramai-ramai, kemudian diikuti dengan mesyuarat Otai-Otai CEC untuk melantik bendahari CEC dan mencarta aktiviti CEC seterusnya.

Yang bestnya para peserta dapat T-shirt seragam, yang tak bestnya aku tak dapat T-shirt sebab tak dapat join pertandingan. Anyway dapat bergambar bersama mereka serta melihat CE Mr Mama yang dah dipasang gadget baru.

Berikut adalah gambar yang sempat aku rakam semasa meninjau aktiviti CEC ini.

Di Poskan dalam Diari, cheryeastarKomen (0)

Teropong Apa Saje

Tags: , , , , ,

Makan angin ke Utara – Catatan I


Pada minggu akhir cuti sekolah penggal ketiga lepas kami sekeluarga beserta dengan keluarga Aziz (abang kandung) telah ‘makan angin’ secara adhoc ke Utara.

Adhoc sebab memang tidak ada dalam rancangan kami untuk makan angin ke Utara, yang ada hanya rancangan untuk pergi mandi di Sungai Kanching.

Bagaimanapun selepas pelawaan dan desakan Norlina (isteri abang Aziz) mau tak mau kena pergi juga sebab mereka nak sponsor penginapan serta makan untuk seisi keluarga.

Mula-mula Along tak mau ikut sebab nak bantu kawan dia siapkan tesis, tapi selepas kena ‘racun’ dia pun setuju untuk ikut sama. Dalam pada tu isteri saya sempat mengajak Iskandar (anak saudara) untuk turut serta dalam percutian ini.

Aziz dan keluarganya telah bermalam di rumah kami dan kami bertolak ke Utara dalam pukul lapan pagi. Sebelum bertolak kami telah mengenalpasti kawasan R&R untuk berehat – Gunung Semanggol menjadi pilihan.

Bila sahaja masuk ke Lebuhraya menghala ke Utara dari Rawang kami dapati lebuhraya agak sesak dengan kenderaan, mungkin ramai yang ingin bercuti di kampung.

Dalam keadaan kenderaan bertali arus masih terdapat dua jenis sikap pemandu yang menyakitkan hati, pertama yang tidak reti kenderaan banyak tapi masih nak pecut dan kerap bagi ‘flash’ kat orang supaya ketepi.

Kedua jenis pemandu yang bawa perlahan tapi suka ‘hog’ di lorong tengah dan buat selamba je macam lebuhraya ni datuk dia punya.

Yang tak bestnya terpaksa bergerak perlahan sejauh beberapa kilometer kerana berlaku kemalangan kecil akibat perangai pemandu yang tak sabar. Chittt!

Dalam perjalanan kali ini kami alami keadaan ini sebanyak dua kali, pertama sebelum hentian Behrang menuju Utara, berlaku kemalangan kecil antara sebuah Naza Ria dengan Wira – jauh jugak terpaksa bergerak perlahan.

Dalam pada tu ada dua buah SUV dan beberapa kereta lain yang memotong dengan laju mengikut lorong kecemasan – ni jenis ‘dajjal’ yang tak ada hati perut, hanya pentingkan diri sendiri.

Jam kedua kami alami selepas terowong Plus di Jelapang – lebuhraya 2 lorong (kiri & kanan), kali ni hampir setengah jam untuk melepasi jarak 1.5 km kerana terdapat lori rosak yang menghalang 1 lorong tidak jauh selepas selekoh pertama dari terowong.

Selepas halangan ini jalan punyalah lapang kami maintain kelajuan pada 110-120 km/jam dan sampai di R&R Gunung Semanggol dalam pukul 11.30 pagi – Alhamdulillah di R&R ini tidak lah sesak macam di R&R Rawang dan R&R Tapah.

Agak lama jugak kami berehat di R&R ini. Anak remaja bila dah berkumpul tempat macam ni pun mereka boleh jadikan tempat untuk bergurau dan enjoy sakan.

Ikuti pengalaman Makan Angin ke Utara seterusnya di Catatan 2, sebelum tu lihat dulu gambar-gambar yang sempat diambil.





Di Poskan dalam KeluargaKomen (0)

Advertise Here

Pautan

  • Belajar Mandarin Belajar Bahasa Mandari dalam satu hari sahaja
  • Mbakl Host Hosting untuk blog, CMS, shopping cart dan lain-lain. Harga kompetitif

Else Where