Di Poskan pada 01 May 2010
Gua? Bila bercakap tentang gua saya teringat movie lama yang ditayangkan di layar tv. Pada masa tu tv masih hitam putih. Antara movie yang menjadikan gua sebagai lokasi lakonan ialah Ali Baba dan 40 Orang Penyamun, Ahmad Albab dan Nujum Pak Belalang.
Yang bestnya dalam kebanyakan movie menjadikan gua sebagai tempat untuk menyimpan atau sebagai tempat tumpuan untuk mencari harta karun. Entah ya atau tidak tersimpan harta karun di dalam gua masih belum dapat dibuktikan. Tapi kalau di dasar lautan tu memang sudah terbukti sebagai tempat menyimpan harta karun (banyak kapal lama yang karam).
Saya kurang berminat untuk melawat gua kerana perlu merentas pelbagai halangan seperti paya, bukit, hutan dan lain-lain, tapi pernah juga sampai ke gua di Batu Caves ketika mengikuti rombongan semasa di sekolah menengah dulu. Apa yang ada dalam gua di Batu Caves tu pun saya dah tak ingat. Cuma yang saya nampak sekarang ni bila lalu di situ hanya sebuah patung yang besar. Patung apa ekk?
Di Malaysia kita ada Gua Niah, Batu Caves, Gua Tempurung, Gua Gunung Mulu dan di Langkawi yang merupakan destinasi pelancongan yang popular. Begitu juga di luar negara terdapat banyak gua yang cantik lebih-lebih lagi bila ia dihiasi dengan lampu berwarna.
Ini adalah di antara beberapa gua yang tercantik di dunia yang saya ambil di travelet.com.
Di Poskan pada 15 February 2010
Pemandangan Aurora (cahaya di langit) adalah di antara keajaiban alam yang mewarnai dan menambah keindahan bumi pada waktu malam. Aurora boleh di lihat di Alaska, Canada, Norway, Finland dan bahagian utara Russia. Aurora yang berwarna kehijauan ini juga dikenali sebagai ‘Northern Lights’.
Cahaya aurora berada pada aras 100km dari permukaan bumi dan menyerupai bentuk riben yang merentasi langit dari ufuk utara ke ufuk selatan.
Aurora terjadi hasil dari zarah yang memasuki ruang atmosphere bumi. Zarah-zarah ini kebanyakannya terdiri dari elektron yang bertenaga tinggi dan terdapat juga photon.
Elektron-elektron ini bergerak mengikut garisan elektromagnetik bumi pada aras atmosphere yang teratas (paling jauh dari bumi).
Apabila pergerakan elektron ini memasuki ruang atmosphere bumi kebarangkalian ia melanggar molecule dan atom dalam atmosphere adalah tinggi.
Bilamana elektron-elektron ini berlanggar dengan molecule dan atom pada atmosphere bumi tenaga dari elektron akan diserap oleh molecule dan atom dan kemudian menyimpannya sebagai tenaga dalaman.
Selepas beberapa kali perlanggaran dengan elektron, molecule dan atom akan teruja (excited) dan akan kembali kepada keadaan asal (tanpa tenaga) selepas ia mengeluarkan photon. Cahaya aurora akan terpancar semasa photon dinyah keluar dari molecule dan atom pada atmosphere yang telah teruja tadi.
Saksikan keindahan aurora dalam gambar-gambar berikut,
Di Poskan pada 27 March 2009
Kejadian empangan pecah di tasik Situ Gintung, Daerah Tangerang Indonesia yang mengorbankan 50 jiwa adalah satu malapetaka yang mungkin dapat dielakkan sekiranya kerja penyelenggeraan dijalankan mengikut jadual.
Lapuran awal menyebut bahawa kerja peyelenggeraan tidak dapat dilaksanakan sejak beberapa tahun kebelakangan kerana ketiadaan peruntukan.
‘Foundation’ empangan lama yang dibina pada awal 1900 semasa Indonesia masih di bawah jajahan Belanja telah dibina tanpa menggunakan bahan konkrit. Hujan lebat yang turun berterusan selama 4 jam sebelum itu telah menyebabkan limpahan air dan memecahkan empangan berkenaan.

Kemusnahan rumah penduduk Gambar:independent.co.uk - reuters
Jika anda mengingat kembali kejadian tanah runtuh yang meranapkan 14 buah bunglow di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember lepas juga berpunca dari hujan yang berterusan selama beberapa hari.
Antara hasil siasatan yang dikemukakan oleh MPAJ adalah tiada peruntukan untuk penyelenggeraan. Tiada peruntukan dana dijadikan alasan dan jalan keluar mudah untuk melepaskan diri daripada bertanggungjawab terhadap kehilangan nyawa dan harta benda.
Apa yang dibimbangkan ialah kesan terhadap perumahan di cerun-cerun bukit akibat dari hujan yang turun pada setiap petang dan telah berpanjangan selama beberapa minggu di sekitar Lembah Kelang.
Jika pihak berwajib yang dipertanggungjawabkan masih tidak membuat pemeriksaan pada cerun-cerun ini ada kemungkinan kejadian sama akan berulang.
Di Poskan pada 19 March 2009
Gunung berapi di bawah laut di Nuku’alofa Tonga meletup tanpa henti sejak beberapa hari lalu. Bagaimanapun setakat ini ia tidak membahayakan penduduk yang tinggal di pulau berdekatan. Tonga terletak dalam lingkaran gempa bumi dan gunung berapi aktif yang bermula dari Chile Amerika Selatan dan mengunjur ke Alaska hingga ke Tonga.

Letupan Gunung Berapi Bawah Laut Tonga Gambar:msnbc.com - Reuters
Lingkaran gunung berapi dan gempa bumi ini juga dikenali sebagai “Ring of Fire” seperti yang boleh dilihat di dalam gambar di bawah.

Ring of Fire Gambar:pubs.usgs.gov
Kita di Malaysia amat bertuah kerana negara kita tidak terletak pada lingkaran gempa bumi dan gunung berapi sepertimana negara jiran kita Indonesia.
Di Poskan pada 13 March 2009
Pernahkah anda mendengar perkataan ‘Nebula’? Nebula adalah kumpulan-kumpulan awan gas yang terbentuk dari gas hidrogen dan helium serta debu-debu angkasa. Disamping tarikan graviti dari pusat nebula gas-gas ini sentiaaa menerima tekanan dari pada letupan bintang-bintang di sekitarnya. Ini akan mengakibatkan terjadi letupan Nebula yang mennyerakkan awan-awan gas tadi.
Bila belaku letupan dan pergerakkan awan gas ini disinari cahaya dari bintang-bintang yang berdekatan atau matahari maka terjadi suatu pemandangan yang amat menakjubkan. Jika anda mencari dari enjin pencari google perkataan ‘nebula’ anda akan dapati ratusan gambar nebula yang amat indah.
Saya paste kan di sini pemandangan nebula dan satu pelepasan awan-awan gas,

Crab Nebula
Helix Nebula (1)

Helix Nebula (2)

Pelepasan Awan Gas Nebula