Arkib | Ada-ada aje

Teropong Apa Saje

Tags: , , ,

Benda lain tak ada ke?


Kreativiti songsang. Inilah hasil krativiti anak remaja di mana-mana.  Di Malaysia kita ada Mat Rempit dengan pelbagai aksi tapi di Britain lain  pula ceritanya. Anak lelaki  seorang jutawan yang berumur 18 tahun yang masih menuntut telah melukis objek berbentuk kemaluan lelaki sepanjang 60 kaki di atas bumbung rumahnya yang bernilai £1juta.

Lukisan atas bumbung  Gambar:thesun.co.uk

Lukisan atas bumbung Gambar:thesun.co.uk

Lukisan ini telah berada di atas bumbung rumah berkenaan selama 12 bulan dan tiada siapa mengetahui mengenainya  sehingga seorang pilot helikopter melalui kawasan rumah itu baru-baru ini. Kedua ibubapa juga terkejut bila dihubungi oleh akhbar The Sun.

Macam-macam perangai budak-budak zaman sekarang.

Sumber: thesun.co.uk

Di Poskan dalam Ada-ada ajeKomen (0)

Teropong Apa Saje

Tags: , , ,

Dibayar gaji untuk main game online 10 jam sehari


Macam pelik pula bila baca berita ini. Terdapat hampir 400,000 pekerja virtual di serata Asia yang hanya perlu bermain game witchcraft online atau yang sewaktu dengannya. Mereka perlu bekerja shift 10 jam sehari di mana makan minum serta tempat tinggal disediakan dan mereka dibayar gaji di antara £80-£120 sebulan.

Pekerja hanya perlu main game online   Gambar: guardian.co.uk

Pekerja hanya perlu main game online Gambar: guardian.co.uk

Hanya main game online…  pelik tapi benar. Mereka hanya perlu main game dan mengumpul ‘gold’ atau ‘point’ dalam permainan tersebut dan kemudian gold yang terkumpul dijual kepada ‘kaki’ game di serata dunia yang tiada masa atau mahukan cara mudah untuk memperolehi ‘gold’ berkenaan bagi membolehkan mereka membeli ‘peralatan’ atau ‘kuasa’ yang boleh digunakan dalam permainan tersebut.

Kata orang, kalau dah minat main game keluar modal banyak pun mereka sanggup. Saya teringat cerita dari adik saya di mana dia pernah menemani anak remajanya menjual ‘gold’ untuk game witchcraft, katanya lagi anaknya menjual ‘gold’ ini dengan harga RM500.00 kepada seorang peminat game online dewasa di sekitar TamanDesa Kuala Lumpur.

Memang sudah terbukti, terdapat pelbagai cara mencari duit online.  Bagaimanapun harus diingatkan bahawa banyak masa perlu dikorbankan untuk mendapatkan ‘gold’ dari permaian seperti ini.

Saya rasa permaianan sebegini tidak sesuai untuk kanak-kanak dan para remaja kerana masa yang dihabiskan untuk mendapatkan ‘gold’ biasanya memakan masa. Ini akan mengganggu tumpuan mereka terhadap tugasan sekolah yang perlu disiapkan dan kemungkinan besar akan mengganggu pelajaran mereka.

Sumber: Guardian.co.uk

Di Poskan dalam Ada-ada ajeKomen (0)

Teropong Apa Saje

Tags:

Ada ke ‘pokok jantan’?


Teropong punya teropong ternampak benda ni. Pelik jugak tapi apa nak dikata… dah pokok ni diciptakan begitu. Nampaknya orang perempuan tak boleh tengok lama-lama takut terfikir benda lain pulak.

Pokok jantan?    Gambar:flickr.com/photos/44124349872@N01/

Pokok jantan? Gambar:flickr.com/photos/44124349872@N01/

Apa pulak sigadis ni buat kat bawah benda tu..

Gadis ni buat apa?  Gambar:freenet-homepage.de/rstore/

Gadis ni buat apa? Gambar:freenet-homepage.de/rstore/

Pokok kaktus ni lagi mengancam,

Mengancam betul : Gambar:freenet-homepage.de/rstore

Mengancam betul : Gambar:freenet-homepage.de/rstore

Di Poskan dalam Ada-ada ajeKomen (1)

Teropong Apa Saje

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Belangkas dan opportunists


Cerita mengenai belangkas ni jarang-jarang masuk berita dan suratkhabar. Sibuk sekejap dalam bulan Julai 2007 dulu selepas pengumuman mengenai nilai darah biru belangkas yang dibuat oleh Prof Datuk Dr Sulaiman Md Yassin dan Dr Zaleha Kassim dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Penyelidakan belangkas di IAT, UMS   Gambar: Bernama.com

Penyelidikan belangkas di IAT, UMS Gambar: Bernama.com

Pada masa itu pihak UMT mengumumkan nilai komersial darah biru yang terdapat pada belangkas boleh mencecah sehingga RM17,500 seliter di Amerika Syarikat. Selain itu UMT juga telah menandatangani MoU dengan Koperasi Industri Desa Islam Bhd (KIDIB) untuk kerjasama penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan belangkas.

Saya amat menyokong usaha UMT untuk memajukan penyelidikan belangkas sebab itu memang satu usaha yang membanggakan dan dapat membantu kehidupan para 500 penternak belangkas (nelayan) yang telah dipilih untuk kerjsama ini.

Apa yang saya nampak dari teropong saya adalah sikap ‘opportunist’ yang tidak bertempat sebahagian anggota masyarakat. Mereka ni cuma fikir nak untung cepat sahaja tanpa berfikir panjang.

Hari ini 16/03/09, The New Strait Times (nst.com.my) melapurkan bahawa Dr Zaleha amat kesal dengan sikap sebahagian mereka yang nak buat duit jual belangkas tapi tidak mahu memahami perkara asas mengenai belangkas yang diperlukan oleh UMT.

Ni saya copy & paste sebahagian berita yang dilapurkan oleh NST.

Zaleha has had to change her mobile phone number after being bombarded with calls from parties demanding she buy their catch.
“I can’t stand these people who demand that the university buy from them. When we refuse, they’ll blame us. We only need a small amount. These people call us and force us to buy up to hundreds of horseshoe crabs,” she said.

Most of the time, these horseshoe crabs are found to be in poor condition.

“Then, there are those who call us for advice on how to rear horseshoe crabs. They cannot be cultivated.

“Most of them die in captivity within two to three months of being caught,” she said.

She also explained that it takes up to nine years for a horseshoe crab to mature sexually and be able to mate.

“There is no quick get-rich-scheme with these horseshoe crabs.”

Hairan betul, harga dinaikkan mendadak dari RM0.50 ke RM5.00 tapi belangkasnya kurang berkualiti (poor condition) untuk digunakan. Kalau macam ni la sifat ‘opportunists’ tu memang mereka payah untuk berjaya.

Pak Hamid - Belangkas Mahkota   Gambar:luxen.blogspot.com

Pak Hamid - Belangkas Mahkota Gambar:luxen.blogspot.com

Tanpa fikir panjang mereka sangka asal belangkas aje boleh digunakan untuk mendapatkan darah biru tu. Asal jumpa belangkas aje boleh ambil dan jual ke UMT. Dah la masa terbuang, belangkas pun tak laku.

Lebih baik mereka tangkap belangkas tu dan jual kepada Pak Hamid taukeh gerai makan Belangkas Mahkota di Kota Tinggi Johor.

Boleh juga orang singgah ke gerai makan Pak Hamid untuk menjamu selera resepi belangkas.

Kalau tak laku juga nak dijual yang fresh ada baiknya mereka usaha untuk buat gerai atau kedai makan “Belangkas Special” macam Pak Hamid tu, sekurang-kurangnya ada hasil juga.

Kedai makan Belangkas Mahkota, Kota Tinggi   Gambar:nst.com.my

Kedai makan Belangkas Mahkota, Kota Tinggi Gambar: nst.com.my

Sumber: bernama.com, nst.com.my & luxen.blogspot.com

Di Poskan dalam Ada-ada ajeKomen (1)

Teropong Apa Saje

Tags: , , , , , , , ,

Guna kondom pun perlu dikempen


Rasanya dah nak tutup PC tapi terteropong pulak gambar orang pakai ‘baju’ bentuk kondom, macam-macam warna pulak tu, tu yang tak jadi tutup PC.

Kempen Guna Kondom

Kempen Guna Kondom

New Delhi, pemuda mengenakan kadbod berbentuk kondom sebagai kempen untuk menggalakkan orangramai menggunakan kondom bagi mengelakkan jangkitan HIV.

Kempen untuk mengingatkan orangramai akan penggunaan kondom kerana kajian mendapati masyarakat di India tidak lagi takut kepada penyakit HIV sehingga lupa akan kepentingan menggunakannya ketika mengadakan hubungan seks.

Ada-ada aje.

Sumber: Yahoo.com news/AFP

Di Poskan dalam Ada-ada ajeKomen (0)

Advertise Here

Pautan

  • Belajar Mandarin Belajar Bahasa Mandari dalam satu hari sahaja
  • Mbakl Host Hosting untuk blog, CMS, shopping cart dan lain-lain. Harga kompetitif

Else Where