Arkib | Ada-ada aje

Teropong Apa Saje

Tags: , , , , , , , , ,

Peminat kahwini ‘idol’ pujaannya


Kahwini idol pujaan

Lee Jin-gyu mengahwini Fate Testarossa (dakimakura)

Jepun, Lee Jin-gyu seorang pemuda berusia 28 tahun telah mengahwini idol pujaannya Fate Testarossa pada suatu majlis ringkas. Fate Testarossa merupakan seorang gadis magical dalam siri animasi Mahou Shoujo Lyrical Nanoha.

Di Jepun kebanyakan watak dalam siri animasi popular akan dilukis pada sebiji bantal peluk yang besar yang dipanggil ‘dakimakura’. Bagi Lee oleh kerana terlalu asyik dengan gadis pujaanya Lee telah membeli sebiji dakimakura dengan potret Fate Testarossa dan sentiasa membawa gadis idamannya (dakimakura atau bantal busuk) bersama ke mana sahaja dia pergi.

Lee Jin-gyu dikatakan terlalu asyik dengan dakimakuranya dan diberitakan bahawa pada waktu makan Lee akan membeli makanan khas buat dakimakura kesayangannya.

Fate Testarossa

Fate Testarossa

Apa punya gila la manusia ni.. ade ke akal sehingga di usungnya bantal busuk tu ke hulu dan ke hilir dan akhirnya kawin pula dengan bantal busuk tu.

Kalau kita perhatikan di Jepun tidak pulak diberitakan belaku kekurangan wanita sehingga menjadikan lelaki gila pada benda lain. Punyalah ramai wanita yang boleh dipilih sebagai teman hidup tapi bantal busuk juga pilihan hatinya. Ini sah gila tahap gaban.

Amat malang bila manusia hidup tanpa pegangan agama.

Sumber berita & gambar: metro.co.uk


Di Poskan dalam Ada-ada ajeKomen (0)

Teropong Apa Saje

Jangan jeles eak


Ni mesti kes tak puashati dengan orang perempuan sebab orang perempuan ada payudara cantik. Tapi brother ni tak sanggup la pulak nak makan pil pembesar payudara, tu yang dia belasah buat tattoo ‘boob’ panjang untuk kalahkan orang perempuan. Lagi pun tattoo ni kekal macam payudara gak… jadi korang jangan la jeles pulak.  Layan…

Panjangnya boob aku.. jangan jeles eak

Akak, adik... jangan jeles ok.. (sumber: break.com)

Moral of the story = Tiada rotan akar berguna juga, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

Di Poskan dalam Ada-ada ajeKomen (0)

Teropong Apa Saje

Tags: ,

Err.. betul ke lightweight ni


Ini sudah jadi kes haru… mana taknya peserta lain semua macho habis, tapi mamat sorang ni je yang cekeding. Mungkin silap masuk kategori kot ?

Aku silap masuk ke?

Errrr.... aku silap tempat ni. (Sumber: break.com)

Kemungkinan member-member pedajal kat dia suruh masuk pertandingan ini untuk kenakan dia, macam rancangan Bang Bang Boom tu.

Moral of the story = Pastikan maklumat yang diterima tepat dan betul sebelum membuat sebarang keputusan, lebih baik kalau buat homework dulu.

Di Poskan dalam Ada-ada ajeKomen (0)

Teropong Apa Saje

Tags: , , ,

Antara polis monyet dan polis gila


Di dalam gambar-gambar di bawah ini mereka memakai pakaian seragam anggota polis. Empat gambar pertama di Bahagian A merupakan seekor monyet yang ditemani oleh seorang anggota polis, dan tiga gambar dalam Bahagian B berikutnya pula adalah seorang anggota polis yang bertugas seorang diri.

Perhatikan baik-baik gambar pada Bahagian A dan Bahagian B, kemudian anda buat kesimpulan sendiri mana satu yang lebih baik samada polis monyet atau polis gila (maaf, tiada hadiah untuk jawapan yang betul).

Bahagian A – Polis Monyet

Polis Monyet - P1

Hello, saya seekor Polis sedang bertugas

Polis Monyet - P2

Woooiii! Jangan lintas di sini!

Polis Monyet -3

Nak kena mamat ni...

Polis Monyet -4

Wah... lega bila tiba waktu rehat

Bahagian B - Polis Gila

Polis Gila -1

Wah smart betul abang polis kita ni.

Polis Gila -2

Ehhh... kenapa dengan pakaian abang polis ni ekk?

Polis Gila -3

Laaa Polis Gila rupanya, ingatkan polis betul. Pakai pampers dah kuning pulak tu., mesti dah terberak dalam pampers.

Haa… amacam? Mana yang lebih baik, polis di Bahagian A atau B?

Kredit foto Bahagian A: travelet.com :::    Kredit foto Bahagian B: makmoden.com

Di Poskan dalam Ada-ada ajeKomen (0)

Teropong Apa Saje

Tags: , ,

Ada ke babi berenang?


Wow… babi zaman sekarang dah pandai berenang la…

Seronok babi ni berenang

Seronok babi ni berenang (sumber:zevs.net)

Yang ni lagi seekor… nyaman je berenang.

Seronok beb...

Seronok beb... (sumber:zevs.net)

Alamak, babi pun pandai berenang… aku pun boleh berenang jugak tapi tak sampai seminit dah semput.

Di Poskan dalam Ada-ada ajeKomen (1)

Advertise Here

Pautan

  • Belajar Mandarin Belajar Bahasa Mandari dalam satu hari sahaja
  • Mbakl Host Hosting untuk blog, CMS, shopping cart dan lain-lain. Harga kompetitif

Else Where