Pelikla ek? Dah mati pun masih nak bermewah-mewah. Rasanya bukan simati yang perlukan glamour tapi waris yang nak tumpang glamour kot. Tu yang belikan keranda yang mahal sehingga beratus-ratus ribu RM.
Rasanya ini kali pertama keranda termahal berada dalam pasaran di Malaysia. Sebelum ini kebanyakan keranda yang mahal hanya terdapat di luar negara terutamanya di Amerika Syarikat. Keranda Michael Jackson pun baru berharga US$25k (RM84k) tapi yang ada di Malaysia ni berharga RM388k – lebih suku juta RM tu… dapat bungalow mewah sebuah!
Keranda Michael Jackson (RM84k) : Sumber-examiner.com
Keranda Termahal di Malaysia (RM388k) : sumber- Malaysianinsider.com
Inilah hasilnya jika sesuatu kerja itu tidak diperiksan dan diteliti, kata orang putih kita kena ‘double check’, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan tatapan umum. Kalau harapkan orang lain untuk tunjukan kesilapan mungkin dah terlambat dan sudah jadi bahan jenaka.
Sejak dua hari lepas gambar dua banner di bawah ni telah menjadi bahan kutukan dan ketawa para bloggers. Cuba anda baca kedua-dua banner ini dan berikan pendapat anda. Saya pun tersengih bila baca kedua-dua banner ini.
Murabak atau Murtabak? Sumber:perisik-raykat.com
Ramadahan tu apa ek? : Sumber:tukartiub.blogspot.com
Kalau dah banyak duit manusia ni suka buat kerja ‘giler’. Tak cukup badan sendiri ditattoo, babi peliharaan mereka pun habis ditattoo juga. Upah membuat tattoo pada badan babi ni bukannya murah bahkan menjangkau US$150,000 untuk seekor babi. Tapi kalau dah ‘giler’ tu (giler tattoo dalam kes ini) nak buat macamana.
Babi bertattoo (sumber:hensinjustice.com..jp)
Babi bertattoo 2 (sumber:thingsville.us)
Kumpulan babi bertattoo (sumber:.henshinjustice.com.jp)
Apa macam? Cantik tak babi-babi ni memakai tattoo? Kulit babi yang bertattoo ni akan di framekan sebelum dijual dengan harga yang tinggi kepada peminat tattoo tegar.
Pelik, pelik…. macam-macam cara manusia mencari kelainan dalam meraikan majlis perkahwinan mereka. Ada yang naik kuda, naik gajah dan naik kereta lembu, tapi yang ni siap masuk dalam keranda.
Persanding dalam keranda (sumber: youtube.com)
Lihat video persandingan ini dari youtube.com Perhatikan juga kalajengking pada badan wanita ini.
Apa-apa pun jadi untuk kelainan majlis perkahwinan.