Macam tak percaya pulak bila teropong kat Yahoo news dan ternampak berita ini,
Projek percubaan tawaran servis ‘berkhatan percuma’ selama tiga bulan telah dilaksanakan di Surinam bagi mengurangkan risiko jangkitan berkaitan hubungan seks dan HIV. Projek selama tiga bulan ini melibatkan 100 orang lelaki yang berumur di antara 4 hingga 21 tahun. Sekiranya projek ini berjaya maka perlaksanaan akan diteruskan ke seluruh negara.

Doktor membuat persediaan untuk mengkhatan
Kalau di Malaysia ni sekurang-kurangnya kena bayar RM50.00 untuk berkhatan tapi di Surinam Kementerian Kesihatan mereka terpaksa menawarkan servis ini percuma bagi membendung penyakit HIV dan penyakit yang berkaitan hubungan seks.
Sumber: Yahoo.com news/AFP





January 2nd, 2011 at 8:58 pm
saya dah berumur masuk 30an nak tanya jika nak potong atau sunat ada masalah ke tentang umur saya?
January 23rd, 2011 at 9:52 am
Untuk bersunat faktor umur tidak menjadi ukuran kerana “kulit” yang berlebihan tu yang hendak dibuang. Jadi tiada masalah untuk anda meneruskan hajat untuk bersunat.