Belangkas dan opportunists

Cerita mengenai belangkas ni jarang-jarang masuk berita dan suratkhabar. Sibuk sekejap dalam bulan Julai 2007 dulu selepas pengumuman mengenai nilai darah biru belangkas yang dibuat oleh Prof Datuk Dr Sulaiman Md Yassin dan Dr Zaleha Kassim dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Penyelidakan belangkas di IAT, UMS   Gambar: Bernama.com

Penyelidikan belangkas di IAT, UMS Gambar: Bernama.com

Pada masa itu pihak UMT mengumumkan nilai komersial darah biru yang terdapat pada belangkas boleh mencecah sehingga RM17,500 seliter di Amerika Syarikat. Selain itu UMT juga telah menandatangani MoU dengan Koperasi Industri Desa Islam Bhd (KIDIB) untuk kerjasama penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan belangkas.

Saya amat menyokong usaha UMT untuk memajukan penyelidikan belangkas sebab itu memang satu usaha yang membanggakan dan dapat membantu kehidupan para 500 penternak belangkas (nelayan) yang telah dipilih untuk kerjsama ini.

Apa yang saya nampak dari teropong saya adalah sikap ‘opportunist’ yang tidak bertempat sebahagian anggota masyarakat. Mereka ni cuma fikir nak untung cepat sahaja tanpa berfikir panjang.

Hari ini 16/03/09, The New Strait Times (nst.com.my) melapurkan bahawa Dr Zaleha amat kesal dengan sikap sebahagian mereka yang nak buat duit jual belangkas tapi tidak mahu memahami perkara asas mengenai belangkas yang diperlukan oleh UMT.

Ni saya copy & paste sebahagian berita yang dilapurkan oleh NST.

Zaleha has had to change her mobile phone number after being bombarded with calls from parties demanding she buy their catch.
“I can’t stand these people who demand that the university buy from them. When we refuse, they’ll blame us. We only need a small amount. These people call us and force us to buy up to hundreds of horseshoe crabs,” she said.

Most of the time, these horseshoe crabs are found to be in poor condition.

“Then, there are those who call us for advice on how to rear horseshoe crabs. They cannot be cultivated.

“Most of them die in captivity within two to three months of being caught,” she said.

She also explained that it takes up to nine years for a horseshoe crab to mature sexually and be able to mate.

“There is no quick get-rich-scheme with these horseshoe crabs.”

Hairan betul, harga dinaikkan mendadak dari RM0.50 ke RM5.00 tapi belangkasnya kurang berkualiti (poor condition) untuk digunakan. Kalau macam ni la sifat ‘opportunists’ tu memang mereka payah untuk berjaya.

Pak Hamid - Belangkas Mahkota   Gambar:luxen.blogspot.com

Pak Hamid - Belangkas Mahkota Gambar:luxen.blogspot.com

Tanpa fikir panjang mereka sangka asal belangkas aje boleh digunakan untuk mendapatkan darah biru tu. Asal jumpa belangkas aje boleh ambil dan jual ke UMT. Dah la masa terbuang, belangkas pun tak laku.

Lebih baik mereka tangkap belangkas tu dan jual kepada Pak Hamid taukeh gerai makan Belangkas Mahkota di Kota Tinggi Johor.

Boleh juga orang singgah ke gerai makan Pak Hamid untuk menjamu selera resepi belangkas.

Kalau tak laku juga nak dijual yang fresh ada baiknya mereka usaha untuk buat gerai atau kedai makan “Belangkas Special” macam Pak Hamid tu, sekurang-kurangnya ada hasil juga.

Kedai makan Belangkas Mahkota, Kota Tinggi   Gambar:nst.com.my

Kedai makan Belangkas Mahkota, Kota Tinggi Gambar: nst.com.my

Sumber: bernama.com, nst.com.my & luxen.blogspot.com

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Mixx
  • MySpace
  • Google Bookmarks
  • Technorati

Pos Berkaitan

1 Komen untuk pos ini

  1. mohammad subki Says:

    saya de banyak belangkas yg nk dijual……sape maw ternak belangkas….?sila hubungi saye….di emel nie….

Hantar komen

Advertise Here

Pautan

  • Belajar Mandarin Belajar Bahasa Mandari dalam satu hari sahaja
  • Mbakl Host Hosting untuk blog, CMS, shopping cart dan lain-lain. Harga kompetitif

Else Where